Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 – Tarikh dan Lokasi

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 – Lokasi dan Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018.

Sudahkah anda bersedia untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018? Kepada anda yang berkeinginan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di universiti-universiti awam Malaysia, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pengajian lanjutan di institut pengajian tinggi mengikut kursus pilihan anda!


Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang juga dikenali sebagai Kanival Jom Masuk IPT ini memberi peluang kepada anda untuk melanjutkan pengajian menerusi pameran pendidikan di sana.

Bagi memudahkan anda mengatur aktiviti anda sepanjang karnival berlangsung, berikut admin kongsikan kalendar karnival yang kini di sebanyak 16 zon mengikut lokasi dan tarikh.

Lokasi dan Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018


NEGERI TARIKH LOKASI
Sabah (Tawau) 27-28 Jan Eastern Plaza Tawau
Sarawak (Miri) 27-28 Jan Permaisuri Imperial City Mall, Miri
Melaka 3-4 Feb Melaka International Trade Centre
Kedah 10-11 Feb Universiti Utara Malaysia
Perlis 10-11 Feb Universiti Malaysia Perlis
Johor 24-25 Feb Persada Johor
Negeri Sembilan 24-25 Feb Politeknik Nilai
Pahang 3-4 Mac Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Terengganu 3-4 Mac Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Pulau Pinang 10-11 Mac Politeknik Seberang Perai
Kelantan 10-11 Mac USM Kubang Kerian
Sabah (Kota Kinabalu) 17-18 Mac Borneo Hypermall Kota Kinabalu
Labuan 17-18 Mac Komplek Ujana Kewangan
Selangor 31 Mac-1 April UiTM Shah Alam
Perak 7-8 April Amanjaya Convention Centre, Ipoh
Sarawak (Kuching) 7-8 April CityONE MegaMall Exhibition Centre

Jangan lupa untuk atur jadual aktiviti anda dan ayuh turut serta bersama hadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 mulai 27 &2 8 JANUARI 2018 (Sabtu & Ahad). Lebih banyak dan sudah semestinya lebih hebat dari biasa. Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, melalui sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *