Biasiswa Kerajaan Hungary 2020

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Kerajaan Hungary 2020 – Tawaran Pencalonan Anugerah Program Biasiswa Kerajaan Hungary sesi akademik tahun 2020/2021 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Kerajaan Hungary hari ini juga.

Biasiswa Hungary

Berdasarkan persetujuan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Hungary pada 23 Februari 2018 di Kuala Lumpur, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Hungary telah bersetuju untuk menaja seramai 40 orang warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program biasiswa di bawah tajaan Stipendium Hungaricum Scholarship Programme bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD bagi kemasukan akademik 2020-2021 di Hungary.

Menerusi MoU itu, Kerajaan Hungary akan menawarkan 40 biasiswa setiap tahun bagi tempoh pengajian selama tiga tahun bermula tahun akademik 2018 dalam pelbagai program termasuk pertanian, seni bina dan warisan budaya, sains kesihatan, sains semula jadi dan sains alam sekitar.

Program Biasiswa Stipendium Hungaricum dilancarkan pada tahun 2013 yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah dan menggalakkan institusi pendidikan tinggi Hungary bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa.


BIDANG PENGAJIAN

Berikut disenaraikan kursus-kursus mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan di bawah biasiswa ini:

  1. Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree): Pertanian, Kejuruteraan Pengurusan Air Pertanian, Kajian Seni Bina dan Warisan Budaya, Sains Semulajadi dan Sains Alam Sekitar, Sains Kesihatan
  2. Pengajian Sarjana (Master): Pertanian, Kejuruteraan Pengurusan Air Pertanian, Kajian Seni Bina dan Warisan Budaya, Sains Semulajadi dan Sains Alam Sekitar, Sains Kesihatan
  3. Pengajian One-tier Sarjana (Full degree one-tier master): Sains Perubatan dan Kesihatan
  4. Pengajian kedoktoran (PhD): terbuka dalam mana-mana bidang yang di minati.

Biasiswa Stipendium Hungaricum oleh Kerajaan Hungary

KEMUDAHAN BIASISWA

  • Elaun Sara Hidup
  • Yuran Pengajian
  • Insurans Kesihatan
  • Asrama Penginapan

KRITERIA

Setiap pemohon yang ingin dicalonkan sebagai penerima biasiswa Kerajaan Hungary perlu memenuhi syarat-syarat mengikut kursus pengajian masing-masing yang dipohon, ketahui lebih lanjut mengenai biasiswa ini dan kaedah pendaftaran DI SINI


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah secara online dan kini dibuka sehingga 15 Januari 2020.
  2. Sila isi borang permohonan dengan mula mendaftar sebagai calon pemohon di https://apply.stipendiumhungaricum.hu/applicant/register

HUBUNGI

Sebarang Pertanyaan dari pihak anda boleh terus hubungi:

Sebarang Pertanyaan dari pihak anda boleh terus hubungi pegawai berikut:

  • Mr. Wan Azhar Wan Ab Rahman, Principal Assistant Secretary from Scholarship Division; ([email protected])
  • Mrs. Nur Isyalliena Binti Ishak, Assistant Secretary from Scholarship Division ([email protected])

Skype: stipendiumhungaricum
E-mail: [email protected]
Telefon: +36 (1) 236-5040


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *