12 Pelajar dari Sekolah Agama Kedah Terima Biasiswa LZNK

ALOR SETAR – Seramai 12 pelajar dari lima sekolah agama di seluruh Kedah terpilih menerima biasiswa daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

biasiswa lembaga zakat negeri kedah

Ketua Jabatan Agihan LZNK, Hamidi Mohd Nor berkata, setiap pelajar yang terpilih menerima biasiswa LZNK sebanyak RM300 setiap bulan.

Biasiswa RM300 sebulan diberikan untuk membantu menampung kos yuran dan sara hidup pelajar yang kurang berkemampuan.

“Kita memilih pelajar yang tergolong dalam kalangan asnaf, bagaimanapun cemerlang dalam pelajaran untuk layak menerima bantuan itu,” katanya.


Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah mengadakan satu majlis penyerahan replika cek biasiswa pelajar asnaf cemerlang bertempat di Sekolah Menengah Agama Baqiyatissolihat Langkawi Kedah.

Seramai 12 orang pelajar meliputi lima buah Sekolah Agama di seluruh Kedah telah terpilih bagi menerima Bantuan Biasiswa daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek bernilai RM43,200 kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Bagiyatissolihat, Ustaz Yusof Ismail.

Turut hadir, Pegawai Zakat Daerah Langkawi (PZDL) Ustaz Yusof Ahmad.

Sumber: http://www.gpsbestari.com/berita/12-pelajar-dari-sekolah-agama-kedah-terima-biasiswa-1.794243


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *