Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM Dalam dan Luar Negara 2020

Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2020 – Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2020 Dalam dan Luar Negara kini dibuka.

bantuan zakat ipta ipts maidam 2020 dalam dan luar negara

Maklumat dan info Bantuan Zakat IPTA/IPTS oleh MAIDAM (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu) untuk pengajian Dalam dan Luar Negara tahun 2020. Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS 2020 khusus kepada yang belum membuat permohonan pada tahun ini (2020) telah di buka.


1. OBJEKTIF :

a. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.

b. Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

c. Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

2. ASNAF : Fisabililllah

3. SYARAT-SYARAT UMUM DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN:

a. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

b. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.

c. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Penghulu / Y.B.

d. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.

e. Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.

f. Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

g. Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.

h. Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .

i. Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.

j. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.

k. Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran kepada pelajar dalam dan luar negara seperti berikut :-

Bil Tahap Tempoh Catatan
1 Sijil 2 tahun Ma’ahad Bu’uth dan Pusat bahasa
2 Diploma 3 tahun Darul Ifta’ dan lain-lain
3 Ijazah Pertama (BA) 4 tahun Pelajar biasa
4 Ijazah Pertama (BA) 2 tahun Khusus untuk pelajar mu’adalah
5 Ijazah Pertama (BA) 6 tahun Khusus untuk pengajian perubatan
6 Ijazah Pertama (BA) 3 tahun Pengajian qiraat di Mesir
7 Master (MA) 2 tahun Pelajar biasa
8 Doktor Falsafah (PhD) 4 tahun Pelajar biasa

l. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.


4. SYARAT KHUSUS DERMASISWA:

a. Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

b. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.

5. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN:

a. Setiap peringkat pengajian sama ada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja ( Bukan Double Degree).

b. Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-

i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA.
ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .
iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.
iv. Pinjaman pelajaran disekat kerana keputusan peperiksaan yang rendah
v. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.
vi. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.

6. KADAR BANTUAN SEPERTIMANA BERIKUT :

a. Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:

Bil Tahap Pengajian Dalam Negara RM
1 Diploma 800.00
2 Ijazah Pertama 1,000.00

7. KAEDAH PERMOHONAN

Muat turun borang permohonan dari laman rasmi MAIDAM melalui pautan rasmi di bawah.

a. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar dalam dan luar negara) beserta dokumen berikut:

i. Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia tahun semasa tentang status terkini pelajar luar Negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut:

– Bidang Pengajian.
– Tahun Pengajian.
– Pinjaman/ Pembiayaan semasa.
– Keputusan peperiksaan
– Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penambahan semester.

ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik-beradik bawah tanggungan.
iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.
iv. Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.
v. Pengesahan bermastautin di Terengganu
vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).
vii. Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.

b. Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar berkenaan.

8. KEMUDAHAN LANJUTAN PERMOHONAN

a. Kemudahan “LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang pernah menerima bantuan Dermasiswa atau Bantuan Am Pelajaran sahaja.

b. Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta perlu mencetak borang yang telah diisi dengan lengkap.

c. Menghantar borang tersebut beserta dokumen -dokumen berkaitan seperti di atas ( dokumen permohonan biasa) ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar dalam dan luar negara).

9. CARA BAYARAN :

a. EFT / cek / Cara lain yang bersesuaian.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :

Unit Pendidikan & Pengajian Tinggi Zakat MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel: 09-6223500
E-mail : [email protected]
@ Facebook : https://www.facebook.com/maidamterengganu

PAUTAN RASMI PERMOHONAN ZAKAT MAIDAM 2020


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *