Biasiswa Gamuda 2019

Biasiswa Gamuda 2019 – Tawaran Biasiswa Gamuda sesi tahun 2019 dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Gamuda

PENGENALAN

Gamuda percaya bahawa setiap perjalanan yang berjaya bermula dengan peluang yang tepat untuk kemajuan pendidikan. Gamuda mencari individu yang akan dipupuk untuk menjalankan visi mereka untuk terus memberikan penyelesaian inovatif dan cemerlang dalam projek-projek yang paling kompleks dan mencabar.


Melalui Biasiswa Gamuda, impian anda akan menjadi kenyataan. Kepada pelajar Malaysia yang layak dan berniat untuk mengikuti Ijazah Pertama sepenuh masa digalakkan memohon Anugerah Biasiswa Gamuda yang bakal dibuka pada 15 Mac 2018.

Sila buat persediaan permohonan selengkapnya dengan merujuk syarat di bawah.

BIDANG PENGAJIAN

Berikut senarai kursus yang ditawarkan di bawah biasiswa ini:

  1. Universiti tempatan (awam / swasta / kampus cawangan luar negara)
    • Kejuruteraan
    • Ukur Bahan / Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan
    • Sains Teknikal (Geologi, Geomatik)
    • Perbandaran & Perancangan Bandar
    • Senibina / Senibina Landskap
    • Pengurusan Harta & Harta Tanah
    • Perakaunan / Kewangan / IT Perniagaan
    • Sumber Manusia / Psikologi
  2. Kursus pengajian di luar negara yang ditawarkan kepada
    • Kejuruteraan (Awam, Mekanik, Elektrik atau Persekitaran)


SYARAT-SYARAT

Pemohon biasiswa perlu memenuhi semua syarat dan kriteria yang disenaraikan di bawah:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam STPM atau yang setaraf (misalnya A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma)
  2. Mampu bertutur dan menguasai bahasa Inggeris yang baik
  3. Memiliki kualiti kepimpinan, nilai dan watak yang baik dan komitmen untuk terus unggul
  4. Telah menerima tawaran ke dalam mana-mana institusi yang bereputasi (iaitu universiti terkemuka di Malaysia / dunia) untuk mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa semasa dipanggil untuk temuduga
  5. Mesti menunjukkan bukti keperluan kewangan
  6. Bersedia untuk berkhidmat kepada Kumpulan Gamuda untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian
  7. Tidak boleh menjadi penerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada organisasi lain

NILAI BIASISWA

Gamuda menawarkan pembiayaan penuh untuk yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah secara atas talian dari 25 Mac 2019 hingga 28 April 2019
  2. Layari laman permohonan melalui pautan berikut: Laman Permohonan
  3. Calon yang disenarai pendek dikehendaki menjalani proses pemilihan yang kompetitif yang terdiri daripada penilaian dan temuduga untuk mengukur keupayaan, kecerdasan sosial, kualiti kepimpinan dan prestasi akademik.

HUBUNGI

Sekarang adalah lebih mudah untuk hubungi pihak Biasiswa Gamuda melalui Facebook Messenger, sebarang pertanyaan mengenai biasiswa Gamuda, anda boleh kemukakan di: https://facebook.com/GamudaScholarship/

ATAU

Emel: [email protected]
Alamat: 78, Jalan SS22/21, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya
Tel : 03-7726 9210
Laman Web : http://gamuda.com.my/gamuda-scholarship/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *