Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018 – Tawaran Anugerah Biasiswa Great Eastern Supremacy sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018 hari ini juga.

Biasiswa Great Eastern Supremacy

Anugerah Biasiswa Great Eastern Supremacy merupakan salah satu daripada program utama dalam industri insurans. Sejak tahun 1998, Great Eastern Life telah menjadi platform dimana hampir seratus orang muda yang layak dan berbakat dapat mengejar impian mereka. Hingga saat ini, Great Eastern Life telah memberi lebih daripada RM12 juta kepada 170 penerima yang berani berimpian, menjadi berbeza, dan mengambil tempat memimpin dalam merealisasikan impian tersebut.


BIDANG TAJAAN

Berikut senarai bidang/kursus yang di taja di bawah biasiswa ini:

  1. Perakaunan dan Kewangan
  2. Sains Aktuari
  3. Bioperubatan / Biohealth
  4. Pentadbiran Perniagaan
  5. Ekonomi
  6. Kejuruteraan (Mekanikal)
  7. Sains Komputer
  8. Pengajian Insurans
  9. Undang-undang
  10. Komunikasi Massa
  11. Pemasaran
  12. Matematik / Statistik
  13. Penyelidikan Operasi
  14. Pengurusan Risiko
  15. Pengurusan Sumber Manusia / Psikologi
  16. Sains Pemutusan (Decision Sciences)

SYARAT PERMOHONAN

Calon yang memohon hendaklah memenuhi semua kriteria yang disenaraikan di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur dibawah 22 tahun
  • Sedang atau mendapat tawaran kemasukan bersyarat ke universiti awam atau swasta tempatan untuk kursus pengajian yang diluluskan
  • Pencapaian akademik:
    Minimum 3.5 CGPA atau setaraf dengannya di peringkat pra-universiti (STPM / Foundation / Matrikulasi atau 2A dan 1B untuk A-Level / Asasi Minimum 3.5 CGPA atau setaraf dengannya
  • Aktif dalam sukan dan aktiviti kurikulum
  • Penerima biasiswa tidak boleh terikat dengan atau memegang mana-mana biasiswa lain
  • Kontrak / Tempoh Bon Selepas Pengijazahan adalah 3 Tahun

Pengesahan Anugerah: Tawaran biasiswa sementara akan dibuat tertakluk kepada pengesahan penerimaan oleh institusi pendidikan yang disenaraikan di bawah:


SENARAI UNIVERSITI

Nama-nama IPTA dan IPTS yang ditawarkan biasiswa.

Universiti Awam Tempatan Universiti Swasta Tempatan
  • International Islamic University Malaysia (IIUM) (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • University of Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Curtin University, Sarawak Malaysia
  • HELP Universit
  • Heriot-Watt University Malaysia
  • International Medical University (IMU)
  • INTI International University
  • Manipal International University
  • Monash University Malaysia
  • Multimedia University
  • Newcastle University Medicine Malaysia
  • Sunway University
  • Swinburne University of Technology
  • Taylor’s University
  • The University of Nottingham Malaysia Campus
  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  • University of Reading Malaysia Campus (UoRM)
  • University of Southampton Malaysia Campus
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Baca juga: Biasiswa Shell

NILAI BIASISWA

Nilai Biasiswa Maksimum (yuran dan elaun sara hidup):

Universiti Awam : RM15,000 setiap tahun akademik
Universiti Swasta : RM 25,000 setiap tahun akademik

KAEDAH PERMOHONAN

Untuk mengemukakan permohonan*, sila muat turun dan isi borang permohonan dengan lengkap:

Borang Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018

Borang permohonan perlu diisi dalam bahasa Inggeris sahaja

* Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu.
* Hanya borang permohonan PDF boleh diterima, format lain (iaitu: JPEG) akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan: 30 April 2018

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai biasiswa, anda boleh hubungi melalui:

Email:
[email protected]

Alamat:
Human Capital, Level 19
Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

RUJUKAN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *