Biasiswa JPA – Program Pelajar Cemerlang (PPC) Sarjana & PhD

Biasiswa JPA & Pinjaman – Program Pelajar Cemerlang (PPC) Sarjana & PhD 2018. Tawaran pembiayaan JPA untuk pengajian Master dan PhD sesi 2018 kini dibuka.

biasiswa jpa

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana / Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2018.


SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

(a) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;

(b) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;

(c) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;

(d) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2017 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);

(e) Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran A;

(f) Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;

(g) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2018;

(h) Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran.

Syarat Khusus

Kelayakan minima akademik adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana / Fast Track Ph.D

(a) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 (dan setara) pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau

(b) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:

UNITED
KINGDOM
AUSTRALIA /
NEW ZEALAND
JEPUN
70% & ke atas 85% 85% A+B (50%A)*

* 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.


Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

(a) Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau

(b) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atau

(c) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:

UNITED
KINGDOM
AUSTRALIA /
NEW ZEALAND
JEPUN
70% & ke atas 85% 85% A+B (50%A)*

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

KADAR ELAUN

Kadar elaun bagi program penajaan ini adalah seperti berikut:

biasiswa jpa

Bagi kadar dalam negara, elaun yang ditetapkan adalah seperti di jadual di atas dan mengikut kadar tempat seperti berikut:
*Kadar A: Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seberang Perai, Johor
Bahru, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Selayang, Sepang, Sabah & Sarawak
**Kadar B: Selain di atas.

Bagi kadar luar negara, kadar yang ditetapkan adalah mengikut negara pengajian yang diikuti.


CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 18 Julai 2018 (Rabu) jam 9.00 pagi hingga 24 Julai 2018 (selasa) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2018 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (3 talian) mulai 18 hingga 24 Julai 2018 (hari bekerja) mulai jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system.do.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

Calon-calon yang memohon program penajaan ini juga dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Center (SAC) yang dijadualkan mulai 7 Ogos – 9 Ogos 2018. Calon-calon juga dikehendaki untuk membawa dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal pada sesi SAC tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Kad pengenalan calon;

2. Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana dan Skrol Ijazah Pertama / Sarjana. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara;

3. Bagi pelajar Sarjana / Kedoktoran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan;

4. Selain daripada kaedah pengajian di atas, pelajar Sarjana yang sedang / bakal mengikuti pengajian perlu menyediakan plan of study yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel; dan

5. Surat tawaran tanpa syarat universiti di peringkat Sarjana / Kedoktoran. Sekiranya tawaran kemasukan adalah tawaran bersyarat, ia mestilah di atas sebab pengesahan sumber kewangan sahaja.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 30 Ogos 2018 (Khamis) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam lawan sesawang eSILA.

LAMPIRAN A

SENARAI UNIVERSITI BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2018

biasiswa jpa

biasiswa jpa

biasiswa jpa

biasiswa jpa

biasiswa jpa

biasiswa jpa

Silakan share kepada rakan-rakan anda dalam group whatsapp dan telegram. Hanya klik button share. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain. Follow dan like Facebook kami di https://facebook.com/biasiswa.info/ dan follow juga telegram kami untuk dapatkan kemaskini pantas biasiswa dan tajaan di https://telegram.me/biasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *