Program Penajaan Nasional (PPN) 2023

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2023 – Tawaran Anugerah Program Penajaan Nasional (PPN) sesi tahun 2023 kini dibuka untuk permohonan. Pastikan anda menjadi yang terawal memohon tajaan di bawah Program Penajaan Nasional (PPN) hari ini.

biasiswa jpa

Dengan sukacitanya dimaklumkan, bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang membuka permohonan tawaran penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di bawah program penajaan nasional (PPN) tahun 2023.

Butiran dan maklumat lengkap mengenai program ini diterangkan selanjutnya menerusi artikel ini.


1. PENGENALAN

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2023.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. Senarai 20 universiti ini melibatkan tiga buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Program ini telah diperkenalkan mulai tahun 2010 dengan tujuan untuk menyediakan penajaan yang berprestij untuk pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan Negara pada masa akan datang.

2. PERINGKAT PENGAJIAN

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti Program A-Level selama 24 bulan. Pelajar akan ditempatkan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) atau Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ) sepanjang mengikuti program persediaan ini.

Penajaan akan dipertimbangkan kepada pelajar yang mendapat tempat pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja. Ringkasan penajaan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:

KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH PERTAMA
Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) atau Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ). Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti pilihan pelajar, tertakluk kepada senarai pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang dan tiga buah negara yang dikenal pasti (Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia). Senarai pilihan berdasarkan ranking tahun 2023 seperti di LAMPIRAN 1.

Nota penting:

i. Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan bagi peringkat persediaan adalah 14 mata A-Level bagi 3 subjek yang diambil, tanpa Gred C.

ii. Sekiranya pelajar menamatkan kursus persediaan dan melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama namun tidak mendapat tempat di universiti terbaik dunia seperti yang disenaraikan di LAMPIRAN 1, pelajar akan ditamatkan dari program PPN dan boleh diserap masuk ke program dalam negara.

iii. Pelajar yang tidak melepasi HKA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara namun memenuhi HKA penyerapan yang ditetapkan boleh ditaja untuk mengikuti pengajian di universiti di dalam negara, tertakluk kepada pelajar mendapat tempat pengajian di institusi pengajian dalam negara yang ditetapkan Kerajaan.

iv. Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA penyerapan yang ditetapkan, penajaan pelajar boleh ditamatkan.


3. BIDANG PENGAJIAN

Calon boleh memilih untuk menyambung pengajian dalam empat bidang pengajian yang ditetapkan, seperti berikut:

Bidang Pengajian
(i) Kejuruteraan dan Teknikal
– seperti Civil and Structural Engineering, Security Engineering, Biomaterials Engineering
(ii) Sains dan Teknologi
– pilihan bidang Sains bagi pengajian di Amerika Syarikat terhad kepada bidang Sains Semula jadi, Matematik dan Statistik, serta Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
(iii) Sains Sosial
– terhad kepada Sains Politik / Hubungan Antarabangsa, Kewangan / Perbankan, Perakaunan / Percukaian, Ekonomi, Psikologi
(iv) Industri Kreatif
– terhad kepada penerbitan filem/ TV, pengiklanan, seni reka, animasi dan kandungan digital, seni visual, penulisan kreatif

3.1 Kursus-kursus yang diikuti di peringkat Ijazah Pertama hendaklah mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan penuh Badan-badan Profesional bagi kursus-kursus profesional.

3.2 Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certificate in Legal Practice (CLP).

4. SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

4.1 Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  4. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  5. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  7. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

Calon yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini. Klik pautan berikut untuk lihat senarai calon. https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/950048b85c4eff0d96da888897884f9a

4.2 Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut:

1. Bahasa Melayu;
2. Sejarah;
3. Bahasa Inggeris;
4. Matematik;
5. Matematik Tambahan;
6. Fizik;
7. Kimia; dan
8. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral / Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan
9. Satu (1) pelajaran lain;

DAN JIKA ADA

Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.

5. MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian; atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

6. CARA MEMOHON

Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon yang dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (12.00 tengah hari) hingga 16 Jun 2023 (11.59 malam) melalui Sistem eProfiling. Calon yang tidak menduduki ujian psikometrik ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Jun 2023.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 12 hingga 16 Jun 2023 (hari bekerja sahaja) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

7. STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

Program SAC dijadualkan berlangsung secara fizikal mulai 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat temu duga. Calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Jun 2023 (Jumaat) jam 11.59 malam.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

9. TARIKH-TARIKH PENTING

Akiviti Tarikh/Hari
Permohonan dibuka 12 Jun 2023 (Isnin) | 12.00 tengah hari
Permohonan ditutup 16 Jun 2023 (Jumaat) | 11.59 malam
Ujian Psikometrik 12 Jun 2023 (12.00 tengah hari) – 16 Jun 2023 (11.59 malam)
Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) 4 Julai 2023 (Selasa) | 12.00 tengah hari – 9 Julai 2023 (Ahad) | 11.59 malam
Tempoh SAC 10 Julai 2023 (Isnin) – 14 Julai 2023 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan Penajaan 4 Ogos 2023 (Jumaat) | 12.00 tengah hari

10. KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 4 Ogos 2023 (Jumaat). Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya

11. HAK KERAJAAN

Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa. Pihak Kerajaan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

JPA boleh membuat sebarang perubahan kepada program penajaan ini pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.

JPA boleh menarik balik tawaran penajaan sekiranya didapati perlu tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.

LAMPIRAN A: SENARAI BIDANG DAN UNIVERSITI YANG DITAJA DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN NASIONAL (PPN) TAHUN 2023

Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang dan 3 buah negara yang dikenal pasti (Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia). Senarai universiti mengikut bidang yang dinyatakan di bawah adalah berdasarkan ranking tahun 2023 yang disesuaikan:

Bidang pengajian JPA bagi PPN : Kejuruteraan & Teknikal
Kod Pendidikan Nasional (NEC) 2020: 07 – Kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan
Ranking QS yang dirujuk: Engineering and Technology

program penajaan nasional ppn


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *