Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018 – Tawaran Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Sesi 2018 untuk Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas Online kini dibuka.

biasiswa

Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018 oleh Pihak Sekolah Bagi Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas dibuka mulai 15 Februari hingga 31 Mac 2018.


Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah daripada kerajaan kepada pelajar – pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah melalui sekolah masing-masing melalui guru tingkatan dengan kerjasama Guru Biasiswa dan JK Bantuan peringkat sekolah.
  2. Guru Biasiswa perlu mengemaskini data APDM sebagai asas permohonan BKP
  3. Muat turun borang – berikut adalah pautan muat turun borang dan lampiran yang perlu dilengkapkan:

SENARAI SEMAK

  • Borang permohonan telah lengkap di isi
  • Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan bapa yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibu yang disahkan
  • Salinan penyata gaji yang disahkan
  • Salinan keputusan peperiksaan yang terakhir
  • Salinan keputusan peperiksaan UPSR/PMR/SPM (untuk permohonan ting 1, 4, dan 6 Rendah)


TAKWIM PERLAKSANAAN BKP TAHUN 2018

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018
Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Pn. Azita Binti Ab Aziz
[email protected]

Pn. Hasnah binti Ismail
[email protected]

No Tel: 03 – 8889 7081


Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018 boleh didapati di laman web rasmi KPM di https://apb1.moe.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *