Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2019

Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2019 – Tawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2019. Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi sesi 2019 kini dibuka.

biasiswa kerajaan arab saudi

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi menerusi bahagian Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia (SACM) menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di Arab Saudi, kecuali perubatan. Tawaran biasiswa ini adalah hasil hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan pengiktirafan terhadap rakyat Malaysia.


Biasiswa Kerajaan Arab Saudi terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD). Penerima biasiswa turut diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan.

KEMUDAHAN BIASISWA

  • Pengajian percuma.
  • Ganjaran bulanan diberi kepada pelajar dari negaranya sendiri dan menerima biasiswa.
  • Pelajar biasiswa percuma dari luar Arab Saudi akan menerima:
    a- Perubatan untuk pelajar dan ahli keluarga yang mengiringi (sekiranya ada pengiring).
    b- 2 bulan ganjaran dalam bentuk elaun peribadi sewaktu tiba.
    c- 3 bulan elaun graduan untuk kos penghantaran buku-buku melalui laut.
    d- Kemudahan setaraf dengan graduan-graduanterdahulu didalam institusi pengajian.
    e- Pelajar biasiswa di institusi pengajaran bahasa Arab untuk bukan Arab adalah dilayan sama seperti pelajar ijazah sarjana muda.
    f- Institusi pengajian menyediakan makanan dengan potongan harga.
    g- Kemudahan penginapan, pengajian, sosial, dan penjagaan budaya.
    h- Menyediakan tiket dibawah terma pembiayaan institusi pengajian.


SYARAT-SYARAT

Syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan kepujian
  2. Peringkat diploma dan ijazah sarjana muda: Pemohon hendaklah berusia 17 hingga 24 tahun.
    Peringkat ijazah sarjana: Pemohon berusia 24 hingga 30 tahun
    Peringkat PhD: Pemohon hendaklah berusia 30 hingga 35 tahun.
  3. Tidak pernah menerima biasiswa dari mana-mana institusi pengajian di Arab Saudi.
  4. Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah.
  5. Surat sokongan untuk pelajar pengajian tinggi.

KAEDAH PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh melayari laman sesawang rasmi SACM di https://my.moe.gov.sa/ atau mendaftar terus di pejabat SACM, Kuala Lumpur.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *