Biasiswa Kerajaan Jepun JICA Global Leadership Program 2019

Biasiswa Kerajaan Jepun JICA Global Leadership Program FY2019 – Tawaran Program Biasiswa Kerajaan Jepun JICA Global Leadership Program FY2019 kini dibuka.

biasiswa

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negara Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) telah menawarkan kemudahan penajaan biasiswa bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah Global Leadership Program FY2019.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN TATACARA PENCALONAN GLOBAL LEADERSHIP PROGRAM (FY2018)

1. Syarat-syarat pencalonan

(a) Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 April 2019;

(b) Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

(d) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagl tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2015, 2016 & 2017). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;

(e) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2)
tahun kebelakangan
(dikira dari 11 Januari 2019);

(f) Kursus yang dipohon adalah berkeitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas);

(g) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;

(h) Bersih daripaca pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

(i) Telah mengisytiharkan harta;

(j) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;

(k) Tidak mempunyal sebarang kecacatan fizikal dan mental;

(l) Mencapai tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan skor minimum seperti berikut:

i. TOEFL PBT: 580
ii. TOEFL BT: 92
iii. IELTS (Academic Modules): 6.5
iv. CEFRL: B2

2. Tatacara Permohonan/Pencalonan

2.1 Tanggungjawab Pegawai.

2.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di Portal eSila, JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JICA. Permohonan dibuka mulai 12 Disember 2018 (Rabu) sehingga 11 Januari 2019 (Jumaat).

2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan DAN Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

(i) Borang JPA(L)LDP 1A/98 (LAMPIRAN B)
(ii) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
(iii) Salinan Pasport Antarabangsa
(iv) JICA Application Form

  • Official Application (Kosongkan ruangan Confirmation by the organization in charge (if necessary).
  • Part A: information on the Applying Organization
  • Part B: Information about the Nominee (lengkap dengan 2 keping gambar berukuran 4 cmx 3 cm) Laporan Perubatan JICA
  • Research and Career Plan

(v) Salinan ljazah Pertama atau Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip yang telah disahkan); dan

(vi) Salinan pencapaian TOEFL/ IELTS/ CEFRL

2.1.3 Bagi pegawai Perkhidmatan Gunasama, permohonan hendaklah dikemukakan melalui Kementerian masing-masing.
Bagi pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama, permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Perkhidmatan masing-masing. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Kementerian atau Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.


2.2 Tanggungjawab Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan.

2.2.1 Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.

2.2.2 Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmiatan Bil. 6 Tahun 2005 dengan menggunakan Borang JPA(LILDP 1A/96 (LAMPIRAN B).
Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Perenggan 2.1.2

Tarikh Buka dan Tutup Permohonan/ Pencalonan

Tarkh permohonan online dibuka bagi pegawal yang ingin memohon adalah pada 12 Disember 2018 (Rabu) dan tarikh tutup permohonan online adalah pada 11 Januari 2019 (Jumaat).

Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan juga adalah pada 11 Januari 2019 (Jumaat).

Keputusan pencalonan yang berjaya akan diumumkan di portal eSila JPA iaitu http://esilav2.ipa.gov.my pada bulan April 2019.

Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pambangunan Modal Insan
Arás 3 Blok C2. Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(up: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Hubungi

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:

Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan:

Telefon: 03-8885 3546
Emel: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *