Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) Latihan Perguruan

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) Latihan Perguruan 2019 – Program Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) untuk Latihan Perguruan 2019

biasiswa jpa

Sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dari Skim Perkhidmatan Pendidikan yang berminat untuk memohon kemudahan Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarships Teacher Training Students 2019. Permohonan dibuka bermula 7 Januari sehingga 1 Februari 2019.

Kemudahan biasiswa ini adalah terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG) untuk mengikuti pelbagai kursus jangka panjang di Jepun yang akan diadakan mulai bulan Oktober 2019 sehingga Mac 2021.

Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 143,000 yen (ang. RM5400) untuk setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN TATACARA PENCALONAN KEMUDAHAN JAPANESE GOVERNMENT (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) SCHOLARSHIPS TEACHER TRAINING STUDENTS 2019

Syarat-syarat permohonan dan pencalonan:

(a) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2019 (lahir selepas atau pada 2 April 1984)

(b) Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusa dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Oktober 2019)

(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

(d) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

(e) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2015, 2016 & 2017) atau (2016, 2017 & 2018). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan

(f)Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu
(1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua
(2) tahun kebelakangan
(dikira dari 1 April 2019):

(g) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah

(h) Telah mengisytiharkan harta


2. TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN

2.1 Tanggungjawab Pegawai.

2.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di Portal eSila, JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 7 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019.

2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

(i) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
(ii) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
(ii) Application Form (beserta gambar/ gambar digital berukuran 4.5cm x 3.5cm);
(iv) Placement Preference Application Form
(v) MEXT Medical Certificate
(vi) Salinan skrol dan transkrip ljazah Pertama dan Sarjana (sekiranya ada) yang telah disahkan
(vii) Surat pengesahan perkhidmatan dan sokongan oleh majikan semasa; dan,
(vii) Sijil pengesahan kompetensi Bahasa Jepun (sekiranya ada).

2.1.3 Dokumen (ii) sehingga (vii) di atas hendaklah dikemukakan dalam bentuk satu (1) dokumen asal dan dua (2) dokumen salinan. Sila rujuk senarai semak, panduan permohonan dan panduan kursus yang disediakan di sistem http://esilav2.jpa.gov.my bagi memastikan permohonan yang dihantar mematuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.

2.1.4 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

2.2 Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.

2.2.2 Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 dengan menggunakan Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B). Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Perenggan 2.1.2

Tarikh Permohonan/ Pencalonan

Tarikh permohonan online dibuka bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 7 Januari 2019.

Tarikh tutup permohonan online serta pencalonan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan adalah pada 1 Februari 2019.

Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke JPA di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:

Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan
Telefon: 03-8885 3546
Emel: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *