Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) 2018 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) sesi tahun 2018 untuk Pengajian Pasca Siswazah kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima tawaran kemudahan Japanese Government (Monbukagakusho : MEXT) untuk pengajian Pascasiswazah. Bidang yang ditawarkan di bawah kemudahan ini ialah Humanities and Social Sciences dan Natural Science

Tarikh tutup permohonan secara atas talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 20 Mac 2018.


1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2019;
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Januari 2018);
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris dan/ atau Bahasa Jepun yang baik;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2014, 2015 & 2016 atau 2015, 2016 & 2017). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  • Tidak mengikuti kursus pendek atau sederhana di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 Januari 2018);
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
  • Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera.

2. KAEDAH PERMOHONAN

2.1 Tanggungjawab Pegawai

2.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di Portal eSila, JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 6 hingga 20 Mac 2018.


2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan DAN Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B). Dilengkapkan oleh Ketua Perkhidmatan;
  2. Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
  3. Borang Permohonan (Diisi dalam Bahasa Inggeris atau Jepun sahaja);
  4. Salinan sijil dan transkrip akademik bagi Ijazah Pertama dan Sarjana (sekiranya berkaitan) dalam Bahasa Inggeris atau Jepun sahaja, yang telah disahkan oleh pihak yang diberikuasa mengesah sahaja. Sila rujuk perkara enam (6) dalam Garis Panduan Permohonan.

2.1.3 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPROSES untuk tujuan pertimbangan.

2.2 Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.

2.2.2 Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 dengan menggunakan Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B). Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Perenggan 2.1.2

HUBUNGI

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan
W: 8.30 pagi – 5.30 petang
T: 03-8885 3546
E: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *