Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam

Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2019 – Tawaran Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran dan Inovasi telah menerima tawaran daripada Kerajaan Negara Brunei Darussalam kepada warganegara ASEAN untuk memohon biasiswa dalam 2 jenis program seperti berikut:

  1. Program 1: Professional Communications in English
    Keterangan: Program ini membantu peserta untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi secara professional dalam bahasa Inggeris.
  2. Program 2: Intensive English Profiency Course
    Keterangan: Program ini dirangka untuk melatih peserta dalam empat kemahiran iaitu mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

TARIKH PROGRAM

 Bil. Opsyen Tarikh Kursus
01 Opsyen Tarikh 01 04 Mac -19 April 2019 
02 Opsyen Tarikh 02 22 Julai – 06 September 2019
03 Opysen Tarikh 03 30 September – 15 November 2019

Pemohon dikehendaki untuk menyatakan tarikh program yang dihasratkan dan juga pilihan tarikh kedua sekiranya pilihan tarikh pertama telah mencapai jumlah maksimum pemohon.


KELAYAKAN

  • Permohonan terbuka kepada warga ASEAN.
  • Pemohon mestilah berada di lingkungan umur 20-35 tahun.
  • Pemohon mesti mempunyai kelulusan minimum sijil sekolah menengah.
  • Pemohon mestilah disahkan secara perubatan bersesuaian untuk menjalankan biasiswa dan belajar di Pusat Global UBD-FPT di Da Nang, Vietnam oleh pengamal perubatan berkelayakan yang berdaftar dengan mana-mana Pihak Berkuasa Kerajaan sebelum ketibaan di Da Nang, Vietnam. Semua kos yang dikeluarkan untuk mendapatkan pengesahan ini akan ditanggung oleh pemohon.

KEPERLUAN UMUM

Program 1: Komunikasi Profesional dalam bahasa Inggeris (Professional Communications in English)
Pemohon dengan tahap kemahiran Bahasa Inggeris skor IELTS sekurang-kurangnya 5.0-5.5 atau setaraf.

Program 2: Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris Intensif (Intensive English Profiency Course)
Pemohon dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris skor IELTS sekurang-kurangnya 4.5-5.0 atau setaraf

Dalam beberapa keadaan, tetapi tidak semua kes, pemohon mungkin dikehendaki untuk menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan mereka akan dihubungi oleh Pusat Global UBD-FPT.


BIASISWA

Biasiswa ini ditaja oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan termasuk yang berikut:

  • Yuran Program;
  • Penerbangan kelas ekonomi kembali dari bandar utama ASEAN ke Da Nang, Vietnam;
  • Elaun per diem (harian) untuk tempoh keseluruhan program;
  • Penginapan di Da Nang bagi keseluruhan program ini;
  • Insurans kesihatan sepanjang tempoh program.

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan boleh dipohon secara atas talian (online) melalui Sistem Permohonan Masuk Atas Talian (OASys) di pautan di bawah.
  2. Lengkapkan semua bahagian borang permohonan dalam talian
  3. Hantar borang dalam talian yang telah lengkap dan berikan salinan borang dalam talian tersebut berserta dokumen sokongan melalui emel kepada [email protected]

Tarikh tutup untuk permohonan ini adalah tidak lewat pada 14 Januari 2019.

Mohon Biasiswa Kerajaan Brunie Darussalam 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *