Biasiswa Kerajaan Taiwan 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Kerajaan Taiwan 2018 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa tajaan Kerajaan Taiwan sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang pertama untuk memohon biasiswa kerajaan Taiwan hari ini juga.

Biasiswa Kerajaan Taiwan 2018

Permohonan Biasiswa Taiwan dan Biasiswa MOE Huayu Enrichment (HES) bagi sesi 2018 kini dibuka sehingga 31 Mac ini bagi pelajar Malaysia yang berminat menyambung pengajian di negara itu.


Sukacita dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima pelawaan Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan seperti berikut:

  1. Ministry of Education 2018 Taiwan Scholarship Program (Kakitangan Kerajaan dan Orang Awam).
  2. Ministry of Education, Huayu Enrichment Scholarship (HES) (Orang Awam sahaja).
  3. International Higher Education Scholarship Program (Kakitangan Kerajaan dan Orang Awam).

Sehubungan itu tuan/puan dijemput untuk mengemukakan permohonan bagi program ini secara terus kepada pihak penganjur. Kakitangan Kerajaan yang memohon hendaklah mematuhi syarat-syarat cuti belajar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Program Biasiswa MOE Taiwan menggalakkan pelajar Malaysia yang luar biasa yang menjalankan pengajian sarjana muda dan pascasiswazah di Taiwan. Kementerian Pendidikan Republik China (Taiwan) memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5,398 (40,000 NTD) bagi setiap pelajar untuk satu semester. Bagi penerima yang mengikuti pengajian siswazah (pelajar sarjana muda) juga akan diberi simpanan bulanan RM2,024 (NTD 15,000) dan penerima yang menjalankan kajian pascasiswazah akan mendapat simpanan berjumlah RM2,599 (NTD 20,000) sebulan.

Selain Biasiswa Taiwan dan Biasiswa HES, permohonan bagi Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF) bagi pelajar yang ingin mengikuti program sarjana dan doktor falsafah di Taiwan turut dibuka sehingga 16 Mac ini.


Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan melayari laman web TECO di alamat http://www.taiwanembassy.org/my_en/cat/8.html atau menghubungi Bahagian Pendidikan di talian 03-2162 3228, 03-2161 4439 sambungan 184/185 atau emel [email protected]

Sumber: eSILA JPA, Berita @ UTUSAN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *