Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2019 – Sarjana & PhD

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2019 – Perlawaan Kemudahan Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2019 untuk peringkat Sarjana & PhD.

Biasiswa Komanwel 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2019 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa.


Calon-calon pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat serta kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel United Kingdom dan juga memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
(ii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
(iii) Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1 Januari 2019;
(iv)Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turt (2015, 2016 & 2017);
(v) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
(vi) Telah mengisytiharkan harta;
(vii) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
(viii) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA
(ix) Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 26 Oktober 2018)
(x) Kursus yang dikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
(xi)Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
(xii) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai

Maklumat Program

Muat turun maklumat terperinci mengenai program biasiswa Komanwel 2019:

  1. Sarjana
  2. PhD


Tatacara Permohonan

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah:

(i) mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov my; dan
(ii) mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:

Calon Ph.D
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/phd-scholarships-low-middle-income-countries/

Calon Sarjana
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/masters-scholarships/

Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya memastikan bahawa pegawai yang memohon boleh dilepaskan untuk mengikuti pengajian sekiranya berjaya ditawarkan biasiswa kelak.

Tarikh Tutup Permohonan/Pencalonan

Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 19 Disember 2018. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada:

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
No. Telefon: 03-88853546
Emel: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *