Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 – Sarjana & PhD

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018 – Tawaran Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018 peringkat Sarjana dan PhD kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Komanwel New Zealand - Sarjana & PhD

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pemohon daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi serta calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja) untuk memohon bagi kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2018 bagi pengajian peringkat Sarjana dan PhD secara sepenuh masa.


1. SYARAT-SYARAT

Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan
  3. Umur tidak melebihi 39 tahun pada 12 Oktober 2018;
  4. Mempunyai penguasaan Bahsa Inggeris yang baik;
  5. Telah mengisytiharkan harta;
  6. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2014, 2015 & 2016) atau (2015, 2016 & 2017);
  7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
  9. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 12 Oktober 2018)
  10. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  11. Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
  12. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

2. TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN

2.1 Tanggungjawab Pegawai

Pegawai-pegawai yang berminat perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my/ dan melengkapkan borang-borang seperti berikut:

  1. Borang JPA(L)LDP 1B/96;
  2. Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B);
  3. Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C); dan
  4. Application Form 2018 Selection – New Zealand Commonwealth Scholarship


2.1.1 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

  1. Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol atau transkrip);
  2. Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip); dan
  3. Application Form 2018 Selection – New Zealand Commonwealth Scholarship

2.1.2 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

2.2 Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.

2.2.2 Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Panel Pembangunan Sumber Manusia mengambil tindakan-tindakan berikut:

  1. Mengisi Borang Laporan Panel Pembangunan Sumber Manusia Kementerian/Jabatan untuk kursus dalam perkhidmatan – JPA(L)LDP1A/96 (LAMPIRAN B) dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C); dan
  2. Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh PPSM sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti di perenggan 2.1 dan 2.11

Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

http://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/types-of-scholarships/

Pemilihan calon akan ditentukan oleh pihak Biasiswa Komanwel New Zealand selaku penaja dan keputusan bagi calon-calon yang berjaya akan diumumkan pda bulan Oktober 2018.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN/PENCALONAN

Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 28 Mac 2018

Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan juga adalah pada 28 Mac 2018

Bagi calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja), borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 28 Mac 2018 ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *