Biasiswa MyBrain15 KPT (MyMaster) 2018

Biasiswa MyBrain15 KPT (MyMaster) 2018 – Tawaran Biasiswa MyBrain15 KPT (MyMaster) 2018 kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa MyBrain15 KPT (MyMaster)

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.

Oleh itu, seiring dengan kelulusan bajet pendidikan bagi program mybrains15 ini, maka biasiswa ini kini ditawarkan untuk permohonan kepada pelajar yang layak.


SYARAT-SYARAT AM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2018
  3. Pemohon mestilah:
    1. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
    2. Kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS); atau
    3. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA yang berstatus kontrak/sambilan/sementara.
  4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
  5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.
  6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 – 4.00 atau setara; atau
    2. Mendapatkan Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Baki pengajian semasa menerima tawaran mestilah sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh daftar di IPT.Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja.
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:
    1. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
    2. Pemohon kategori kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
    3. Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
  9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.
  10. Kategori penajaan hanya dibuka bagi pengajian mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan tesis) sahaja.
  11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS seperti dalam senarai.

SENARAI TEMPAT PENGAJIAN MyMASTER

  • Semua Universiti Awam:
    1. Universiti Malaya (UM)
    2. Universiti Sains Malaysia (USM)
    3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
    5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
    9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    14. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
    19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • IPTS bertaraf sekurang-kurangnya 5 Bintang dalam rating SETARA


ELAUN & KEMUDAHAN

(a) Elaun dan kemudahan yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

KATEGORI YURAN PENGAJIAN ELAUN BANTUAN TESIS
Penyelidikan Tidak melebihi RM10,000 Tidak melebihi RM3,000
Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) Tidak melebihi RM10,000 Tidak melebihi RM1,500

Nota:

  1. Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
  2. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
  3. Elaun Bantuan Tesis dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki. Elaun ini juga hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian dalam tempoh tajaan sahaja.
  4. Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.

IKATAN PERJANJIAN DENGAN KERAJAAN

  1. Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.
  2. Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:
    1. Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran;
    2. Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; atau
    3. Pelajar gagal dalam pengajian

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPT (MyMaster) perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2
  2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.
  4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.
  5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

    • Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
    • Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
  6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
  7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

    BIL DOKUMEN FORMAT SAIZ DOKUMEN
    1 Gambar berukuran passport JPG 200KB
    2 Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) PDF 280KB
    3 Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A)
    (Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)
    PDF 300KB
    4 Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana PDF 400KB
    5 Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan). PDF 200KB
    6 Borang Pengesahan Maklumat Pemohon PDF 400KB
  8. Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi temu duga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.
  9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa.
  10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum boleh memuat turun surat tawaran MyBrain15. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

HUBUNGI

Alamat : Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5 Kompleks Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA
(u.p : Unit MyBrain15)
Hotline : 03-8888 1616 | Klik di sini Direktori Bahagian Biasiswa
Email : [email protected]
URL : http://www.mohe.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/MyBrain15KPT

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 Mac 2018


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *