Biasiswa Petronas untuk 21 Pelajar Program Trenglish

Biasiswa Petronas untuk 21 Pelajar Program Trenglish – Seramai 21 pelajar Trenglish terima biasiswa Petronas 2019

biasiswa petronas

Kejayaan 21 pelajar Terengganu di bawah Program TRENGLISH yang menerima biasiswa Petronas dalam tempoh dua tahun menunjukkan program itu memberikan impak yang besar kepada potensi pelajar.

Program TRENGLISH merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Terengganu yang bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar Terengganu untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Program ini lebih berjaya dengan penglibatan syarikat multinasional negara, Petronas bersama agensi berkaitan seperti Yayasan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.


Pada tahun 2018 seramai 8 pelajar di bawah Program TRENGLISH ini telah berjaya menerima biasiswa di bawah tajaan Petronas Education Sponsorship Programme (PESP). Manakala pada tahun 2019 seramai 13 pelajar di bawah program sama berjaya menerima biasiswa tajaan Petronas. Ini menunjukkan sebahagian daripada kejayaan pelajar-pelajar TRENGLISH.

Program TRENGLISH oleh Kerajaan Terengganu adalah satu inisiatif yang baik dan mengharapkannya diiktiraf oleh ramai pihak dan terus membantu pelajar-pelajar Terengganu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.

BACA JUGA: Biasiswa Petronas 2019


Melalui program ini, Petronas sangat optimis anak-anak Terengganu terus berjaya dalam peperiksaan awam, khususnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana mereka yang cemerlang akan mendapat tajaan pendidikan daripada pihak Petronas.

Satu bentuk kolaborasi baharu di antara kerajaan negeri dan PETRONAS telah dilaksanakan pada bulan Disember tahun lalu dan akan di teruskan pada tahun ini. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) juga berkolaborasi bersama TRENGLISH. Setiap tahun, pihak PPAT dan TRENGLISH mengadakan program bersama komuniti dalam skala yang besar.

Sehingga kini program TRENGLISH kini telah berkembang ke 40 buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah di seluruh Terengganu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *