Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 – Tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) sesi tahun 2018/2019 akan dibuka untuk permohonan.

biasiswa pinjaman kerajaan negeri sarawak bpkns

HEBAHAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) SESI AKADEMIK 2018/2019

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Negeri Sarawak akan membuka tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Anak Jati Sarawak) yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia bagi sesi akademik 2018/2019.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BPKNS

Tawaran BPKNS adalah terbuka kepada pelajar baru dan yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) selaku urus setia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.

b. Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa sahaja.

c. Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

d. Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA.


BIDANG-BIDANG PENGAJIAN TAJAAN

Bidang Jenis Kursus Pengajian Diambil
Kejuruteraan i. Kejuruteraan Awam
ii. Kejuruteraan Mekanikal/Mekatronik
iii. Kejuruteraan Kimia
iv. Kejuruteraan Elektrik/Elektronik
v. Kejuruteran (Pertanian)
vi. Seni Bina, Seni Bina Landskap, Ukur Tanah, Ukur Bahan
Sains dan Sains Gunaan i. Sains
ii. Sains (Alam Sekitar), Sains Perhutanan
iii. Sains dan Teknologi Makanan
iv. Sains Perikanan, Sains Pertanian, Hortikultur
v. Kesihatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran
Undang-undang i. Undang-Undang
ii. Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam
iii. Undang-Undang Syariah
Pengurusan i. Pentadbiran Awam
ii. Perancang Bandar dan Wilayah
iii. Pembangunan/Pengurusan Sumber Manusia
Ekonomi dan Perniagaan i. Perakaunan
ii. Ekonomi, Perangkaan
iii. Pengurusan Harta Tanah
Sains Sosial i. Pengajian Islam
ii. Sains Kognitif, Kaunseling
Teknologi Maklumat i. Kejuruteraan Komputer
ii. Sains Komputer
iii. Teknologi Maklumat

KAEDAH PERMOHONAN BPKNS

Pemohon dikehendaki mengemaskini butiran peribadi dan membuat permohonan BPKNS Sesi 2018/2019 di dalam sistem E-Scholarship. Pemohon wajib mendaftar akaun Sarawak ID. Pemohon yang telah mengisi butiran peribadi perlu membuat permohonan BPKNS Sesi 2018/2019 bermula 12 Ogos 2018.


  1. Sila layari laman web e-scholarship di https://escholarship.sarawak.gov.my menggunakan pelayar web (Web Browser) Mozilla Firefox, Internet Explorer.
  2. Jika anda merupakan pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.

    Sekiranya anda pernah memohon e-scholarship, sila Log Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log masuk (log-in).

    Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).
  3. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon. Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
  4. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar tidak dapat diubah oleh pemohon. Sebarang perubahan hendaklah dikemukakan secara bertulis ke pejabat SPANS.
  5. Pastikan anda menyemak Semak Status Permohonan sebelum log keluar (log-out).
  6. SPANS berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.

Tempoh permohonan adalah dari 12 Ogos sehingga 25 Ogos 2018.

HUBUNGI

Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan pegawai di bahagian berkenaan iaitu Encik Ali Bin Mohamad dan Cik Corina Anak Bernard di 082-237251.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN
Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

No. Tel : 082-237126/ 082-237135
No. Fax : 082-237258/ 082-237010
E-mel : [email protected]

Silakan share kepada rakan-rakan anda dalam group whatsapp dan telegram. Hanya klik button share. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain. Follow dan like Facebook kami di https://facebook.com/biasiswa.info/ dan follow juga telegram kami untuk dapatkan kemaskini pantas biasiswa dan tajaan di https://telegram.me/biasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *