Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 2018

Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2018 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini juga.

biasiswa sc

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengalu-alukan permohonan daripada individu-individu muda dan beraspirasi yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti-universiti terbaik dalam negara mahupun di luar negara dan berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang yang diceburi.


BIDANG-BIDANG

Senarai kursus pengajian yang ditaja di bawah biasiswa SC ini:

  • Perakaunan
  • Komunikasi
  • Sains Komputer/IT
  • Keselamatan Siber
  • Analisis Data/Sains Data
  • Ekonomi Kewangan
  • Kejuruteraan Kewangan
  • Matematik Kewangan
  • Kewangan Islam/Pengajian Syariah
  • Undang-undang

KELAYAKAN

Pemohon hendaklah di kalangan pelajar Malaysia yang akan menerima tawaran atau yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda atau yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang yang tertera seperti di atas.


SYARAT-SYARAT

Keperluan-keperluan akademik minima pemohon adalah seperti berikut:

Lepasan Pra-U Peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • 3A dan 1B+ dalam STPM atau
  • 3A dalam A-Levels atau
  • 40 mata dalam International Baccalaureate atau
  • CGPA 3.5 dalam Diploma / Matrikulasi / Asasi atau
  • Lain-lain pencapaian yang setaraf
  • Kepujian kelas kedua atas, cemerlang, CGPA 3.5 atau lain-lain pencapaian yang setaraf

PEMBIAYAAN

Perbelanjaan yang akan dibiayai dengan Biasiswa SC adalah:

  • Yuran pengajian penuh
  • Elaun buku
  • Elaun sara diri
  • Lain-lain elaun yang berkenaan

IKATAN BON

Pemohon akan terikat untuk berkhidmat dengan SC setelah tamat pengajian.


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah secara online. Semua permohonan hendaklah dihantar dalam talian melalui https://careersatsc.seccom.com.my/career/publiclogin02.jsp. Hanya permohonan dalam talian akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan dibuka bermula 02 April 2018 dan ditutup sebelum 5.00 petang pada 16 April 2018.
  3. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

HUBUNGI

Untuk pertanyaan berkenaan Biasiswa SC, sila hubungi:
Berkenaan biasiswa : 03-6204 8272/8385/8522
Berkenaan sistem permohonan biasiswa : 03-6204 8155/8320
E-mel : [email protected]
Talian Am SC : 03-6204 8000

Silakan share kepada rakan-rakan anda dalam group whatsapp dan telegram. Hanya klik button share. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain. Follow dan like Facebook kami di https://facebook.com/biasiswa.info/ dan follow juga telegram kami untuk dapatkan kemaskini pantas biasiswa dan tajaan di https://telegram.me/biasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *