Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017 UTM

Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017 UTM – Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017 ditawarkan kepada pelajar pascasiswazah Doktor Falsafah (PhD) warganegara Malaysia yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017 UTM

Syarat-Syarat & Kelayakan Akademik Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2017.
  • Mendapat tawaran bagi mengikuti program Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia atau;
  • Sedang mengikuti pengajian tahun pertama diperingkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia.

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Mencapai sekurang-kurangnya gred CGPA 3.5 dan ke atas di peringkat Ijazah Pertama daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Mencapai sekurang-kurangnya Gred CGPA 3.70 dan ke atas di peringkat Ijazah Sarjana.
  • Mencapai sekurang-kurangnya Band 4 dalam Peperiksaan English MUET atau IELTS 6.5 atau TOEFL ≥600/TOEFL iBT ≥85.
  • Berupaya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

SYARAT-SYARAT LAIN

  • Tidak terikat dengan mana-mana majikan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang;
    • Menyediakan cadangan penyelidikan yang berpotensi untuk pembangunan pengetahuan;
    • Berjaya menghasilkan dan menerbitkan karya akademik yang diperakui;
    • Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, fleksibel, versatile dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi;
    • Cemerlang dalam aktiviti akademik, ko-kurikulum, kemasyarakatan dan sukan.
  • Pemohon tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Ainuddin Wahid Universiti Teknolgi Malaysia.
  • Lulus dalam temuduga pemilihan yang akan dijalankan.

Nota:

  1. Salinan dokumen sebagai sokongan permohonan perlu mendapat pengesahan dari Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan panel temuduga adalah muktamad.
  2. Sekiranya saudara tidak menerima sebarang makluman/maklum balas dari pihak Universiti dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia: http://webapps.sps.utm.my/ainuddin/

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid, sila layari laman rasmi Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia di: http://sps.utm.my/scholarship-and-grants-tan-sri-ainuddin-wahid-scholarship/

Atau hubungi

Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor Darul Takzim
(U/P : Bahagian Penyelidikan dan Biasiswa)
Tel : 07-553 7782/7595/7816
Fax : 07-553 7800
Email : sps.scholarship@utm.my

Tarikh tutup: 19 Mac 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *