Biasiswa The Edge Education Foundation 2018

Biasiswa The Edge Education Foundation 2018 – Tawaran Program Biasiswa The Edge Education Foundation sesi 2018 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa

The Edge Education Foundation menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak dan mendapat PNGK minimum sebanyak 3.30 dan Band 3 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET). Pemohon mesti telah menerima tawaran daripada mana-mana IPTA/IPTS dalam negara untuk pengambilan bermula dari September 2018.


SYARAT & KRITERIA

Semua pemohon mesti memenuhi semua keperluan seperti berikut:

  • PNGK minimum 3.30
  • Band 3 dan ke atas dari Malaysian University English Test (MUET)
  • Memperolehi tempat di universiti tempatan untuk pengambilan bermula dari September 2018
  • Calon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa dari pihak yang lain

BIDANG

Bidang pengajian yang ditaja di bawah pembiayaan Biasiswa The Edge Education Foundation adalah seperti di bawah:

  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Bahasa Inggeris dan media (kewartawanan, pengiklanan, pemasaran, komunikasi atau bidang yang berkaitan)

Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum menjadi kelebihan.


NILAI BIASISWA

Universiti Awam : RM8,000 setahun
Universiti Swasta : RM10,000 setahun

CARA MEMOHON

Muat turun borang permohonan berikut:

1. TEEF Scholarships Hard Copy Form 2018 (.PDF)
2. TEEF Scholarships Hard Copy Form 2018 (Excel)

Sila hantarkan borang permohonan yang lengkap diisi ke:

The Edge Education Foundation
Level 3, Menara KLK
No. 1 Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia


HUBUNGI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Telefon: 60377218000
Email: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/TheEdgeEducationFoundation/

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *