Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2017

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2017 – Biasiswa penuh BTAR untuk pelajar STPM, pra-u, matrikulasi dan diploma yang berminat untuk meneruskan pengajian ijazah, dibuka. Mohonlah sekarang.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman merupakan anugerah berprestij dan eksklusif yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Biasiswa BTAR menyediakan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPTA atau IPTS) tempatan. Penerima biasiswa ini dinamakan Tunku Scholars.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA BTAR

  1. Keperluan asas
    1. Warganegara Malaysia.
    2. Tidak lebih daripada 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Syarat-syarat kelayakan Akademik dan Kokurikulum
    1. Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas.
    2. Permohonan juga dibuka kepada graduan sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS di negara ini yang mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajian mereka.
    3. Kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
    4. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di sekolah atau universiti.
    5. * Pemberian BTAR tertakluk kepada kemasukan pemohon yang diterima masuk ke IPT tempatan di Malaysia.

  3. Keperluan Tambahan

    Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki untuk menghadiri program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan menghadiri sesi Pemilihan Temuduga yang diatur oleh YTAR.

JUMLAH BIASISWA BTAR

Jumlah biasiswa adalah mengikut kadar jumlah yang diluluskan semasa.


KEDUDUKAN BTAR PENERIMA

Untuk mengekalkan status BTAR sebagai biasiswa yang berprestij dan eksklusif, mana-mana Tunku Scholar yang tidak mengekalkan pencapaian CGPA 3.50 dan ke atas boleh diberikan penalti seperti diturunkan taraf biasiswa kepada Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR), atau ditamatkan pembiayaan dan dilucutkan gelaran ‘Tunku Scholar’ itu.

CARA MEMOHON BIASISWA BTAR

  1. Sila muat turun borang permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman melalui pautan berikut:
  2. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan tulisan tangan.
  3. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 17 April 2017. Alamatkan kepada:

    Yayasan Tunku Abdul Rahman
    A-10-10, Menara UOA Bangsar
    No. 5 Jalan Bangsar Utama 1
    59000 Bangsar
    Kuala Lumpur.


Hanya calon yang telah menghadiri program Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan yang akan dipanggil untuk hadir ke sesi Temuduga Pemilihan. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh permohonan dibuka: 1 Mac 2017
Tarikh permohonan tutup: 17 April 2017

Maklumat lanjut (sekiranya ada perubahan): Laman Rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *