Biasiswa Universiti UCSI 2018

Biasiswa Universiti UCSI 2018 – Tawaran Anugerah Biasiswa Universiti UCSI kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal untuk mendaftar dan memohon Biasiswa Universiti UCSI hari ini juga.

Biasiswa Universiti UCSI

Universiti UCSI menawarkan biasiswa sebanyak RM30 juta untuk pelajar berkelayakan yang berminat melanjutkan pengajian di universiti berkenaan sepanjang tahun ini.

Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa ingin memberikan pendidikan terbaik dengan menyediakan lebih kurang 100 program akademik, pemilihan penerima biasiswa tajaan UCSI tahun ini akan lebih difokuskan kepada pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan ilmiah, tetapi juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum, aktiviti komuniti dan kemasyarakatan serta mempunyai potensi untuk mengharumkan nama negara.


Antara kategori biasiswa Universiti UCSI utama ditawarkan adalah Biasiswa Merit Tan Sri Ahmad Razali, yang menaja yuran pengajian, kemudahan dan makmal, tempat tinggal dalam kampus dan elaun bulanan sepanjang tempoh pengajian. Tawaran biasiswa lain termasuk Biasiswa Universiti UCSI University Trust, Biasiswa Sukan UCSI University Trust, dan Geran Pendidikan UCSI University Trust 2018.

Anugerah Biasiswa Merit Tan Sri Ahmad Razali

Pengecualian yuran penuh, penginapan di kampus, elaun bulanan, elaun buku dan komputer riba untuk tempoh pengajian sarjana di UCSI. Anugerah Biasiswa TSAR Merit hanya terbuka kepada pelajar Malaysia yang mendaftar dalam program ijazah di Universiti UCSI.

Biasiswa UCSI University Trust

Pelepasan yuran pengajian penuh atau sebahagian untuk tempoh pengajian sarjana di UCSI. Ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan antarabangsa.

Biasiswa Sukan UCSI University Trust

Pelepasan yuran penuh pengajian atau sebahagian untuk atlet kebangsaan atau negeri dari Malaysia yang mendaftar di mana-mana program asas (yang membawa kepada ijazah) atau diploma atau mana-mana program ijazah di UCSI. Pemohon mestilah Atlet Negeri atau Kebangsaan yang disahkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Sukan masing-masing.


Biasiswa A-Level UCSI University Trust

Bayaran yuran pengajian penuh atau sebahagian untuk program Cambridge A-Level Cambridge di UCSI. Ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan antarabangsa.

Biasiswa Pra-U UCSI University Trust

Pengecualian Yuran pengajian penuh atau sebahagian untuk program asas UCSI dalam sains dan seni. Ditawarkan kepada pelajar Malaysia.

Baiasiswa Graduan UCSI University Trust

Ditawarkan kepada calon Malaysia dan antarabangsa yang berkelayakan yang mendaftar di mana-mana program Sarjana atau Doktor di UCSI University.

KAEDAH PERMOHONAN

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi UCSI iaitu www.ucsiuniversity.edu.my.

Pautan pantas:


HUBUNGI

Tel: (+603) 9101 8880
(+603) 9101 8880

Alamat: No.1, Jalan Menara Gading, UCSI Heights (Taman Connaught) 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.

SUMBER: berita.rtm.gov.my

Silakan share kepada rakan-rakan anda dalam group whatsapp dan telegram. Hanya klik button share. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain. Follow dan like Facebook kami di https://facebook.com/biasiswa.info/ dan follow juga telegram kami untuk dapatkan kemaskini pantas biasiswa dan tajaan di https://telegram.me/biasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *