Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2018

Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2018 – Tawaran Anugerah Biasiswa Yayasan Lion-Parkson sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah antara yang terawal memohon Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2018 sekarang.

Biasiswa Yayasan Lion-Parkson

Anugerah biasiswa ini adalah aspirasi Lion Group untuk menyumbang kepada pembangunan sumber pendidikan dan sumber manusia negara. Melalui Yayasan Lion-Parkson, kami berharap dapat membina kumpulan profesional Malaysia muda yang berkelayakan yang akan membantu membentuk dan membina esok yang lebih baik untuk negara kita.

Sehingga kini, Yayasan ini telah menyumbang sebanyak RM10.4 juta kepada sejumlah 448 pelajar, dalam bentuk biasiswa selaras dengan aspirasi Kumpulan untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan sumber manusia negara. Setiap tahun, Yayasan menganugerahkan biasiswa kepada pelajar yang berhak meneruskan ijazah pertama mereka di institusi pengajian tinggi awam tempatan.


Biasiswa yang ditawarkan hanya dibuka untuk lepasan STPM, Matrikulasi atau Diploma.

  • Penajaan penuh atau separa kepada ijazah (tertakluk kepada jumlah maksimum piawaian setiap penerima)
  • Latihan merangkumi kemahiran komunikasi dan kepimpinan semasa cuti semester
  • Intership Berstruktur semasa cuti semester
  • Pekerjaan dengan Lion Group setelah tamat pengajian

Kriteria & Kelayakan

Setiap pemohon perlu memenuhi syarat dan keperluan di bawah:

  • Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang ingin mengikuti pendidikan tinggi.
  • Biasiswa ini diberikan kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran sarjana muda (kursus Ijazah Pertama) dan yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam dan Swasta yang diiktiraf di Malaysia.
  • Terbuka kepada pemohon dengan skor minimum 3A & 1B dalam STPM, PNGK 3.50 dan ke atas dalam Matrikulasi atau pada peringkat Diploma, atau minimum 5A dalam UEC, yang aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.
  • Pemohon mestilah tidak terikat atau menerima apa-apa bentuk bantuan kewangan atau anugerah daripada institusi atau organisasi pendidikan lain.


Baca juga: Biasiswa Karangkraf

Kaedah Permohonan

  • Permohonan adalah secara online, sila isi dan lengkapkan butiran borang permohonan di pautan berikut: http://www.lion.com.my/Apps/ParksonScholarship.nsf/application
  • Pemohon perlu melengkapkan semua bahagian borang ini dengan teliti dan jelas.
  • Borang Permohonan Biasiswa dan semua dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui laman web Yayasan Lion Parkson sebelum 22 April 2018.
  • Tiada pertanyaan akan dilayan selepas tarikh tutup.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk temuduga.
  • Sila serahkan permohonan anda SEKALI sahaja.

Hubungi

Lion-Parkson Foundation
Level 14, Lion Office Tower
No. 1 Jalan Nagasari
50200 Kuala Lumpur
Tel : 603-2142 0155
Fax : 603-2148 1036 / 603-2142 8409
Email : [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *