Biasiswa Yayasan TM (YTM) Future Leaders Scholarship 2018

Biasiswa Yayasan TM (YTM) Future Leaders Scholarship 2018 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Yayasan TM (YTM) Future Leaders Scholarship sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Yayasan TM hari ini juga.

biasiswa yayasan tm ytm

Di Yayasan TM (YTM), kami menggalakkan agenda nasional untuk membangunkan pemimpin masa hadapan yang dapat mengubah landskap komunikasi Malaysia sejajar dengan aspirasi TM sebagai Juara Pertumpuan Nasional.

YTM kini menjemput rakyat Malaysia yang berbakat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan Penumpuan ini melalui program biasiswa Future Leaders Scholarship


TERMA & SYARAT

  1. Akademik:
    • SPM 2017:
      1. Aliran Sains: Minimum 6A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik
      2. Bukan Aliran Sains: Minimum 4 A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik
    • STPM 2017, Diploma, Matrikulasi, Asasi – Minimum PNGK 3.0
  2. Peringkat Pengajian: Kursus Persediaan, Asasi, Diploma, Ijazah Pertama, Kursus Profesional
  3. Umur tidak melebihi 21 tahun
  4. Institusi:
    1. Luar Negara (Minimum 7A+): Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Korea Selatan, United Kingdom, USA
    2. Dalam Negara: Universiti Multimedia (MMU), Universiti Awam Terpilih
  5. Kokurikulum: Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

BIDANG PENGAJIAN

  • Teknologi Maklumat
    1. Pengkomputeran Awan
    2. Keselamatan Siber
    3. Pengkomputeran Mudah Alih
    4. Kejuruteraan Perisian
    5. Pembangunan Permainan Game
    6. Kecerdasan Buatan
    7. Sistem Informasi
    8. Komunikasi Data
    9. Jaringan Internet
  • Kejuruteraan
    1. Kejuruteraan Telekomunikasi
    2. Kejuruteraan ELektrik & ELektronik
    3. Kejuruteraan Elektronik
    4. Kejuruteraan Mekatronik
  • Pengurusan
    1. Pemasaran Digital
    2. Sains Aktuari
    3. Kejuruteraan Kewangan
    4. Kewangan
    5. Undang-undang
    6. Ekonomi
    7. Statistik
    8. Perakaunan
    9. Perakaunan Profesional
    10. Pengurusan dengan Multimedia
    11. Perniagaan Antarabangsa
  • Seni Sinematik
    1. Seni Sinematik


PENDAPATAN ISI RUMAH

  • Tidak melebihi RM20,000 sebulan
  • Pemohon mestilah tidak mempunyai adik-beradik yang merupakan penerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi.

PAKEJ BIASISWA

  • Meliputi yuran pengajian.
  • Buku-buku dan perkakasan
  • Imbuhan Tahunan
  • Alaun Komputer
  • Alaun Praktikal

KAEDAH PERMOHONAN

Layari laman web berikut untuk penyerahan permohonan dalam talian:
Borang permohonan online:
KLIK SINI

TARIKH TUTUP

Tarikh akhir permohonan Biasiswa Yayasan TM (YTM) Future Leaders Scholarship 2018 adalah pada 31 Mac 2018
*Permohonan biasiswa sepenuh masa ini dibuka kepada pelajar yang tidak termasuk pekerja TM Group.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Tel: 03 2240 1594 | Ihsan Said
Tel: 03 2240 1582 | Khairul Izam Kamsiran
Tel: 03 2240 1273 | Abdul Salam Musa

SUMBER


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *