Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018

Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (BTAR) hari ini juga.

Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (BTAR)

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

  1. Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* dan / atau yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan (masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian) serta mencapai PNGK 3.50 dan ke atas.
  2. Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  3. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.

    * Pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
  4. (c) Syarat Tambahan

    Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang diaturkan oleh pihak YTAR.

    KADAR BIASISWA

    Kadar biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.


    PENARAFAN PENERIMA BTAR

    Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas akan dikenakan penalti seperti turun taraf kepada:

    • Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau
    • Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR) atau
    • Biasiswa Khas Yayasan Tunku Abdul Rahman (BKYTAR)
    • atau ditamatkan pemberian dan gelaran ‘Tunku Scholar’ dilucutkan.

    PERMOHONAN

    Setiap pemohon perlu memenuhi syarat asas permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2018. Sila baca syarat-syarat permohonan di atas dengan teliti sebelum mengisi borang.

    Tarikh permohonan dibuka : 1 Mac 2018
    Tarikh permohonan ditutup : 15 April 2018

    Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk Temuduga Pemilihan. Pemohon GAGAL apabila tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

    Klik Borang Permohonan BTAR 2018 di bawah untuk mengisi secara atas talian dan cetak borang tersebut.

    >>Borang Permohonan BTAR 2018<< [wp_ad_camp_2]

    Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan MESTI dihantar ke alamat berikut:-

    Yayasan Tunku Abdul Rahman
    A-10-10, Menara UOA Bangsar,
    No. 5 Jalan Bangsar Utama 1,
    59000 Bangsar, Kuala Lumpur.

    Sumber: Laman Rasmi BTAR 2018


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *