Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU) dari YAPEIM

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU) dari YAPEIM – Permohonan bantuan persekolahan dibawah Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU) dari YAPEIM kini dibuka.

INFO DANA INSPIRASIKU

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YAPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Objektif Inspirasiku adalah seperti berikut:

a) Membantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

b) Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi keràjaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.

c) Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusit.

d) Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40.


SYARAT AM

1. Permohonan mesti atas nama ibu/bapa/penjaga,
2. Pemohon mestilah Warganeagara Malaysia
3. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/IPT di dalam dan luar negara.
4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi Kategori B40.
5. Slip gaji/pengesahan majikan

PERINGKAT PENGAJIAN

Bantuan dana ini adalah khas untuk:

1. Sekolah Rendah
2. Sekolah Menengah
3. Sijil
4. Diploma
5. Ijazah

NILAI DANA

Kadar bantuan masing-masing mengikut peringkat pengajian:

1. Pelajar sekolah: sehingga RM500
2. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: sehingga RM1000


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan Dana Inspirasi Malaysia yang boleh didapati secara percuma di:

i) Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
ii) Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
iii) Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
iv) Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM.

ATAU

Anda juga boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui laman rasmi YAPEIM melalui pautan di bawah.

Pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan info terkini & tepat berkaitan Dana Inspirasi Malaysia di media sosial rasmi YaPEIM dan laman sesawang rasmi YaPEIM.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Disember 2019 dan pembayaran akan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Satu keluarga layak untuk memohon untuk setiap anak yang memenuhi kriteria dan syarat bantuan.

HUBUNGI

Sebarang Pertanyaan Lanjut sila Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-2717 2717.

PAUTAN BORANG PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA YAPIEM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *