ETISAS UKM

ETISAS UKM – Sistem Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia (ETISAS)

etisas ukm

PENGENALAN

Sistem Istilah Sains (ETISAS) yang dibangunkan oleh Fakulti Sains & Teknologi, UKM dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat, UKM telah dilancarkan hujung bulan November 2011. Dengan adanya sistem ini, akan memudahkan warga UKM dan masyarakat umum untuk mencari istilah yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan dan sebagainya. Setakat ini, lebih 80,000 entri istilah telah dimasukkan dalam pangkalan data.


Sistem yang berasaskan teknologi realiti maya ini diwujudkan untuk memudahkan pangkalan data dikemaskinikan dari masa ke masa, kemudahan penyelenggaraan data dan yang paling penting sistem gelintaran istilah yang berkesan.

CARA GUNA

Untuk menggunakan semua modul yang ada di portal maya ETISAS UKM ini, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk staf UKM, sila guna nama pengguna dan katalaluan sama seperti Ewarga dan menandakan kotak warga UKM. Untuk pelajar UKM, sila guna nama pengguna dan kata laluan sama seperti SMPWEB dan menandakan kotak warga UKM untuk log masuk.

Pautan portal: http://www.ukm.my/etisas/

CADANGAN ISTILAH BARU

Sistem ini juga bersifat dinamik. Melalui ciri ini, proses pembinaan istilah dan pembesaran pangkalan data, dibuka luas kepada sesiapa sahaja untuk mencadangkan istilah baru.

Pengguna yang mendaftar boleh mencadangkan istilah baru dengan menekan butang “cadangan istilah baru” di bahagian modul pengguna. Sekiranya istilah yang dicari tidak ditemui, sila maklum kepada urusetia dengan mengisi borang pertanyaan/cadangan.


FUNGSI & CIRI

  1. Mempunyai enjin carian yang berkesan dan pantas.
  2. Memudahkan kemasukan entri istilah ke pangkalan data.
  3. Membenarkan pengguna mencadangkan istilah baru atau istilah yang lebih sesuai dan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa, istilah ini akan digabungkan dengan pangkalan data yang sedia ada.
  4. Menyediakan khidmat nasihat kepada pengguna. Sistem ini menyediakan ruangan pertanyaan dan jawapan kepada pengguna untuk menanyakan sebarang kemusykilan peristilahan.
  5. Membolehkan pendaftaran atas talian. Hanya pengguna yang berdaftar dibenarkan memberi cadangan atau mendapatkan khidmat nasihat.
  6. Menyediakan ruangan pantau tegur peristilahan bagi warga UKM yang berdaftar untuk mengesan dan memaklumkan kepada pihak jawatankuasa istilah/pentadbir UKM tentang kesilapan bahasa dan istilah pada kain rentang, gegantung, papan tanda, poster dan sebagainya di sekitar kampus UKM.
  7. Menyediakan kemudahan suntingan terbina dalamnya. Kemudahan ini termasuklah mengesan kesilapan ejaan dan menghalang kemasukan entri berganda).

Sebarang komen dan cadangan juga boleh diemelkan terus ke urusetia di [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *