Hungary tawar 40 biasiswa untuk pelajar Malaysia

Biasiswa Hungary – Hungary tawar 40 biasiswa untuk pelajar Malaysia. Kerajaan Hungary menawarkan 40 biasiswa kepada pelajar Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke negara itu bermula tahun akademik 2018.

Biasiswa Hungary

Pada 23 Feb 2018, Malaysia dan Hungary menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan tinggi untuk membuka peluang kerjasama yang lebih banyak di antara kedua-dua negara.


Biasiswa akan diberikan untuk tempoh tiga tahun kepada pelajar untuk menyambung bidang pengajian yang ditawarkan iaitu pertanian, kejuruteraan air, seni bina, pengajian warisan budaya, sains asli, sains alam sekitar dan sains kesihatan.

Malaysia dan Hungary akan bekerjasama sepenuhnya dan menyokong hubungan pendidikan tinggi di antara satu sama lain serta menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik.

Kerjasama pendidikan di peringkat antarabangsa secara tidak langsung akan merangsang industri pendidikan tinggi negara sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau antarabangsa.

Baca juga: Tawaran Anugerah Biasiswa Kerajaan Hungary 2018 kini dibuka!


Dalam MoU tersebut, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mewakili Malaysia manakala Hungary diwakili Duta Besar Hungary ke Malaysia, Attila Kali. MoU berkenaan dijangka mempermudah proses pengiktirafan universiti-universiti di kedua-dua negara selain menjalin hubungan kepakaran dalam bidang saintifik, teknikal dan pentadbiran

Sumber: UTUSAN ONLINE, BERNAMA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *