Kajian Pengesanan Graduan

Kajian Pengesanan Graduan 2019 – Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2019, tarikh konvokesyen dan status akses kajian 2019.

kajian pengesanan graduan

Kajian Pengesanan Graduan atau Graduates Tracer Study merupakan kajian yang bertujuan untuk mengetahui status terkini graduan universiti. Kajian ini diadakan setiap tahun dan soalan-soalan di dalam kajian disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM menjalankan Kajian Pengesanan Graduan sebagai satu usaha meningkatkan tahap jaminan kualiti perkhidmatan serta sistem pendidikan tinggi Negara.

Dapatan kajian adalah amat penting dalam menentukan KPI universiti. Hasil kajian daripada sesi lepas mendapati terdapat dikalangan graduan yang bekerja sendiri/keluarga atau bekerja telah meletakkan status tidak bekerja. Perihal ini membimbangkan kerana dapatan data tidak melambangkan realiti sebenar.


Apa itu bekerja?
Bermaksud anda mempunyai satu pekerjaan samada bekerja sendiri, bekerja dengan keluarga atau bekerja dengan pihak lain dan mendapat ganjaran atau upah daripada pekerjaan tersebut.

Apa itu tidak bekerja?
Sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu pekerjaan yang boleh menghasilkan sebarang upah atau pendapatan. Tidak mempunyai maklumat pekerjaan seperti maklumat majikan, pendapatan dan sebagainya. Termasuk graduan yang tidak bekerja kerana melanjutkan pengajian.

Maka adalah penting kepada graduan-graduan yang telah pun bekerja akan tetapi meletakkan status tidak bekerja di Kajian Pengesanan Graduan email kepada [email protected] untuk mengemaskini status anda atau melakukan kemaskini melalui pautan berikut:

Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) : http://graduan.moe.gov.my

Pastikan anda melayari laman sesawang rasmi SKPG yang betul seperti pautan di atas (tanpa penambahan perkataan lain selepas .my)


Sila semak status akses sistem dari masa ke semasa kerana data yang diberikan kepada pihak KPM adalah mengikut kelulusan senat.

Kepada para graduan yang bergraduat dari tahun 2006 sehingga 2018, anda juga boleh mengemaskini status pekerjaan anda di pautan atas.

Graduan yang telah mengisi borang kajian tersebut perlulah mencetak slip pengesahan dan menyerahkannya kepada urusetia sebelum mengambil pakaian konvokesyen. Kegagalan mengisi borang kajian ini akan mengakibatkan sijil dan transkrip graduan ditahan.

TARIKH KONVOKEYSEN IPT & STATUS AKSES SKPG 2019

1. Pergi ke laman tarikh akses sistem di sini
2. Sila KLIK pada nama IPT anda untuk ke laman LOG MASUK kajian.
3. Mohon maklum bahawa SKPG I hanya di buka kepada IPT yang disenaraikan dalam Jadual di bawah sahaja. Sekiranya nama IPT anda tiada dalam senarai, sila hubungi pihak IPT untuk maklumat lanjut.

Ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tahniah kerana berjaya bergelar GRADUAN UNIVERSITI!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *