Pinjaman Pelajaran MARA Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah)

Pinjaman Pelajaran MARA Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) – Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA untuk Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) kini dibuka untuk permohonan.

Setiap tahun MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka dalam dan luar negara.

Pinjaman Pelajaran MARA kali ini ditawarkan melalui skim Program Graduan Cemerlang 2019 atau Graduate Excellence Programme (GrEP) 2019 khas kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.


BIDANG PENGAJIAN

Dalam abad ke -21, inovasi sains dan teknologi telah menjadi keutamaan seiring dengan cabaran globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selari dengan itu, bidang STEM menjadi keutamaan bagi menangani cabaran masa hadapan yang kompetitif dan mencabar bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga serantau dan global.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

biasiswa mara

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat Umum

  • Pemohon adalah berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2019:

    Peringkat Pengajian Sarjana:
    Untuk tempat pengajian dalam negara, had umur adalah tidak melebihi 40 tahun manakala pengajian luar negara had umur pemohon hendaklah tidak melebihi 35 tahun.

    Peringkat Pengajian Doktor Falsafah (PHD)
    Untuk tempat pengajian dalam negara, had umur adalah tidak melebihi 45 tahun manakala pengajian luar negara had umur pemohon hendaklah tidak melebihi 40 tahun.

  • Telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam perenggan di bawah.
  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2019.
  • Salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Pengajian Dalam Negara: Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian Awam (Universiti Awam) dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
  • Pengajian Luar Negara : Mendapat tawaran tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara daripada 10 Universiti Terbaik mengikut Negara DAN 30 Universiti Terbaik Dunia mengikut Bidang (Top 10 Universities by Countries AND Top 30 World Ranking University by Subjects) di bawah QS World University Ranking 2019.

    Nota: Walaubagaimanapun pertimbangan kepada pemilihan universiti juga tertakluk kepada keperluan pendidikan dan keperluan industri.

  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.


SYARAT AKADEMIK

Syarat kelayakan Akademik seperti berikut :

Peringkat Pengajian Sarjana

  • Tempat Pengajian: Dalam Negara
    Kelayakan Akademik:
    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu
  • Tempat Pengajian: Luar Negara
    Kelayakan Akademik:
    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya;
    2. Memperolehi IELTS 6.5

Peringkat Pengajian Doktor Falsafah (PhD)

  • Tempat Pengajian: Dalam Negara
    Kelayakan Akademik:
    1. Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;
  • Tempat Pengajian: Luar Negara
    Kelayakan Akademik:
    1. Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya;
    2. Memperolehi IELTS 6.5

Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

SYARAT PROGRAM

  • Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara kerja kursus (Course Work) atau penyelidikan (Research) secara SEPENUH MASA termasuk Mixed Mode (Kerja Kursus dan Dissertation).
  • Hanya pemohon yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang yang dinyatakan dan Institusi Pengajian Tinggi yang disenaraikan sahaja akan dipertimbangkan.

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

Sarjana : 1 – 2 tahun
Doktor Falsafah : 3 tahun

PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA melalui PAUTAN PERMOHOAN di bawah mulai 15 Februari sehingga 25 Februari 2019.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2613 2103 / 35032 / 32067
Emel : [email protected]

PAUTAN PERMOHONAN ONLINE PINJAMAN MARA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *