Pinjaman Pelajaran YPJ 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Pinjaman Pelajaran YPJ 2018 (Yayasan Pelajaran Johor) – Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sesi 2/2018 kini dibuka untuk permohonan. Daftar segera dengan mengisi borang online Pinjaman Pelajaran YPJ 2018 hari ini juga.

Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Khabar gembira untuk rakyat negeri Johor Darul Takzim. Anda kini boleh membuat permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ sesi 2018 secara online menerusi laman portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

Permohonan pinjaman YPJ 2018 dibuka bagi pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja. Pinjaman ini diberi keutamaan kepada pemohon yang datang daripada keluarga berpendapatan berkapita rendah (gaji ibu bapa + jumlah isi rumah = jumlah perkapita).

Tawaran dibuka kepada pelajar IPTA & IPTS (KPYPJ, KKTJ, MARSAH, EDUCITY)


KRITERIA

Di bawah adalah senarai syarat kelayakan pinjaman, pemohon mestilah:

  • Lahir dan menetap di Negeri Johor
  • Gaji ibu bapa tidak melebihi RM8,000
  • Sudah mendapat tawaran kemasukan ke IPTA sebelum membuat permohonan
  • Mengikuti bidang pengajian yang mendapat kelulusan MQA
  • Tidak mendapat tajaan lain termasuk PTPTN
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
  • Mengikuti pengajian sepenuh masa

TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA

  1. Sijil (Kolej Kemahiran Teknikal Johor (KKTJ) sahaja);
  2. Diploma (semua IPTA, KPYPJ/KKTJ, Marsah dan Educity sahaja);
  3. Ijazah Sarjana Muda (IPTA sahaja).


KAEDAH PERMOHONAN

Sila ikuti langkah dan cara mengisi borang permohonan secara online di bawah:

  1. Layari laman http://prolims.ypj.gov.my/ dan daftar Pra-Permohonan
  2. Tunggu emel dari pihak YPJ mengenai pengesahan Pra-Permohonan dalam masa 2 hari bekerja
  3. Setelah disahkan, sila isi borang permohonan secara atas talian
  4. Kelulusan permohonan akan diumumkan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan di laman web YPJ
  5. Silakan muat turun aplikasi YPJ Prolims di Google Play Store / Apple Store untuk membuat semakan mudah

Baca juga: Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ke IPTA oleh Yayasan Pelajaran Johor

KEPERLUAN DOKUMEN

Berikut senarai dokumen yang dikehendaki ketika membuat permohonan pinjaman YPJ:

  1. Slip Permohonan;
  2. Salinan MyKad PEMOHON, IBU DAN BAPA / PENJAGA;
  3. Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan IBU DAN BAPA / PENJAGA;
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT;
  5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah DAN Akuan Persekolahan;
  6. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan – Sijil SPM
  7. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan);
  8. Salinan Sijil Perceraian / Kematian (Jika Berkaitan);
  9. Lain-Lain Dokumen Berkaitan
  10. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Borang Pengesahan Pendapatan: Muat turun

(Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Penghulu / atau yang setaraf.)

Makluman tambahan, pemegang pinjaman pelajaran YPJ adalah tidak dikenakan apa-apa kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Melainkan pelajar yang dikurniakan biasiswa.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

TARIKH PENTING: Permohonan dibuka bermula pada 04 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018.

SUMBER: Portal YPJ


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *