Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2020/2021 – Info Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak. Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak bagi sesi 2020/2021 kini dibuka.

pinjaman pengajian tinggi negeri perak

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak di bawah Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akan mengeluarkan Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Bagi Sesi 2020/2021.

Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Perak merupakan satu kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak kelahiran negeri Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Pinjaman yang ditawarkan berbentuk pinjaman pemboleh ubah tanpa sebarang faedah untuk setiap bayaran balik yang dibuat. Selain itu, peminjam di kalangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang bergraduasi dengan Ijazah Kelas Pertama, mereka boleh membuat permohonan untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Setiap pemohon mesti memenuhi semua kelayakan berikut:

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;
  • Umur pemohon pada tahun semasa mestilah:

    DIPLOMA – Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    IJAZAH / SARJANA MUDA – Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    IJAZAH SARJANA – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan


KADAR PINJAMAN

BIL PERINGKAT PENGAJIAN KATEGORI KADAR SETAHUN (RM)
1. Diploma 5,000.00
2. Ijazah Sarjana Muda (Dalam Negara) Bidang Perubatan 8,000.00
Sains 6,500.00
Sastera 6,000.00
3. Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara – Tajaan kepada pelajar di Mesir dan Jordan sahaja) Bidang Perubatan (Mesir) 15,000.00
Ulum Syariah (Mesir) 8,000.00
Bidang Pengajian Islam (Jordan) 12,000.00
4. Ijazah Sarjana (Master) Tempoh tajaan 2 tahun (bermula dari tarikh kemasukan universiti) 10,000.00
5. Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Tempoh tajaan 3 tahun (bermula dari tarikh kemasukan universiti) 15,000.00

KADAR BAYARAN BALIK

BIL JUMLAH PINJAMAN ANSURAN BULANAN
1. RM0.00 – RM10,000.00 RM150.00
2. RM10,001.00 – RM20,000.00 RM200.00
3. RM20,001.00 – RM30,000.00 RM250.00
4. RM30,001.00 – RM40,000.00 RM300.00
5. RM40,001.00 – RM50,000.00 RM350.00
6. RM50,001.00 – RM60,000.00 RM400.00
7. RM60,001.00 – RM70,000.00 RM450.00
8. RM70,001.00 – RM80,000.00 RM500.00

*** Setiap RM10,000.00 , kadar bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50.00
*** Bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang di anugerahkan dengan Ijazah Kelas Pertama oleh IPT, mereka layak memohon untuk pengecualian bayaran balik pinjaman. Walaubagaimanapun, pengecualian tertakluk kepada keputusan Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Perak.

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN KURSUS YANG DITAJA

(i) Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA):
(a) Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA

(ii) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS):
(a) Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
(b) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

(iii) Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara
(a) Universiti di Mesir – (Bidang Perubatan & Ulum Syariah)
(b) Universiti di Jordan – (Pengajian Islam sahaja)

KAEDAH MEMOHON

1. Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi SPPIP berikut :
(i) http://spptp.perak.gov.my ; atau
(ii) laman web Kerajaan Negeri Perak iaitu di www.perak.gov.my

TARIKH TUTUP: 29 Februari 2020

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI

  1. Secara Tunai

    (a) Di Kaunter Unit Pinjaman Pengajian Tinggi : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

    (b) Di Kaunter Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, UTC 26 & 28, Bangunan UTC Perak, Jalan Dato’ Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  2. Secara Pos
    (a) Mengemukakan Pos Kiriman Wang, Cek ataupun Bank Draf di atas nama:
  3. Potongan Gaji
    (a) Lengkapkan borang “Lampiran B” (boleh didapati di Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak) dan kemukakan kepada majikan untuk tindakan selanjutnya.
  4. Arahan Kepada Bank (Standing Instruction)
    (a) Sila hubungi mana-mana bank simpanan individu yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
  5. Pengeluaran Caruman KWSP
    (a) Tertakhluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, dapatkan maklumat lanjut di laman web: http://www.kwsp.gov.my
  6. Secara Online Melalui Maybank2u
    (a) Layari http://www.maybank2u.com.my

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan berkaitan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak, anda boleh terus hubungi Unit Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak:

Talian: 05-209 5000 sambungan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.
Emel: [email protected]


One Response
  1. Eviana Chong 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *