Program Biasiswa Pendidikan MIDF 2019

Program Biasiswa Pendidikan MIDF 2019 – Tawaran Program Biasiswa Pendidikan MIDF tahun 2019 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah individu terawal memohon Program Biasiswa Pendidikan MIDF hari ini juga!

biasiswa midf

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (midf) telah membuka permohonan bagi Program Biasiswa Pendidikan MIDF iaitu anugerah yang menawarkan peluang biasiswa pendidikan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menyambung pengajian peringkat sarjana muda di universiti tempatan terpilih. Program ini terbuka kepada pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.25 atau yang setaraf dengannya dalam peperiksaan semester.


SYARAT KELAYAKAN

Calon hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. Sedang mengikuti pengajian atau memperoleh tawaran kemasukan yang disahkan/bersyarat ke universiti awam atau swasta tempatan yg diikitiraf; atau kini dalam tahun pertama Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang akademik.
  2. Syarat kelayakan minimum:
    • 2A dalam STPM 2018; atau
    • PNGK 3.25 atau yang setaraf dengannya di peringkat pra-universiti (Yayasan/Matrikulasi) atau Diploma; atau
    • PNGK 3.25 atau yang setaraf dengannya dalam peperiksaan semester bagi pemohon yang sedang mengkuti tahun pertama Ijazah Sarjana Muda.
  3. Pemohon mesti memperoleh 7A dalam SPM dan/atau 2A dalam STPM pada tahun-tahun yang berkenaan.
  4. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  5. Tidak menerima sebarang biasiswa/tajaan/geran kewangan daripada mana-mana organisasi atau agensi lain pada masa permohonan.
  6. Mempunyai sifat kepimpinan yang baik, keupayaan berpasukan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  7. Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  8. Pemohon mestilah melanjutkan pengajian secara sepenuh masa. Pengajian separuh masa tidak layak memohon.


KAEDAH PERMOHONAN

Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan di laman rasmi MIDF melalui pautan di bawah. Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel atau ke alamat berikut pada atau sebelum 17 Mei 2019. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2173 8864.

E-mel: [email protected]
Alamat Pejabat:
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (3755-M),
Tingkat 19, Menara MIDF,
82, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
(Perhatian kepada Jabatan Sumber Manusia)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

PAUTAN BORANG PERMOHONAN BIASISWA MIDF 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *