Program Khas JPA-MARA (PKJM) 2020 untuk Lepasan SPM 2019

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Khas JPA-MARA untuk Lepasan SPM – Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2020.

biasiswa mara

PENGENALAN

Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.


Program ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:

(i) Program Akademik Jepun
(ii) Program Berkembar New Zealand
(iii) Program Akademik New Zealand
(iv) Program Akademik Australia
(v) Program Akademik United Kingdom
(vi) Program Akademik Amerika Syarikat
(vii) Program Khas JPA-MARA Dalam Negara

STRUKTUR PENGAJIAN

Program Akademik Jepun

Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya bagi bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi; dan di Pusat Bahasa Teikyo (PBT) bagi bidang Sains Sosial.

Program Berkembar New Zealand

Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaboratif antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan konsortium universiti di New Zealand yang melibatkan University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Tempoh pengajian adalah selama dua tahun di KYSBS dan dua tahun di New Zealand dalam bidang Sains Sosial.

Program Akademik New Zealand

Program Akademik New Zealand merupakan program penajaan ke New Zealand khusus dalam bidang Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education College selama setahun sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di mana-mana lapan universiti di New Zealand.

Program Akademik United Kingdom

Program Akademik United Kingdom merupakan program penajaan ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan terpilih sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di United Kingdom berdasarkan senarai Quacquarelli Symonds (QS) dan / atau Times Higher Education (THE) World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU). Pelajar akan mengikuti program persediaan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) bagi bidang Kejuruteraan; Kolej Teknologi Timur (KTT) dan INTEC Education College bagi bidang Sains & Teknologi; serta di Kolej MARA Banting (KMB) bagi bidang Sains Sosial.

Program Akademik Amerika Syarikat

Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Ekonomi serta Sains Komputer (terhad kepada Artificial Intelligence, Robotic, Big Data dan Internet of Things (IoT)).

Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education College selama 24 bulan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di Amerika Syarikat berdasarkan QS dan / atau THE World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU).

Program Akademik Australia

Program Akademik Australia merupakan program penajaan ke Australia dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Kewangan atau Sains Aktuari. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan selama 12 bulan di INTEC Education College sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di mana-mana universiti dalam senarai The Group of Eight (Go8) (Australia’s leading research-intensive universities).

Program Khas JPA-MARA Dalam Negara

Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program penajaan yang berfokus kepada niche area / bidang kepakaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih. Penajaan adalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan. Sub Program adalah seperti di Lampiran A.


SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum Calon

(i) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019;
(iv) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
(v) Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat Khusus Calon

PROGRAM / BIDANG / NEGARA PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN SYARAT/ GRED MINIMUM SPM
1) Akademik Jepun
Kejuruteraan
Jepun
Ambang Asuhan Jepun
Kod Program: PKJM 001
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
2) Akademik Jepun
Sains dan Teknologi (S&T)
Jepun
Ambang Asuhan Jepun
Kod Program: PKJM 002
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
3) Akademik Jepun
Sains Sosial
Jepun
Pusat Bahasa Teikyo
Kod Program: PKJM 003
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
4) Berkembar New Zealand
Perakaunan/ Ekonomi / Kewangan / Sains Aktuari
Malaysia dan New Zealand
Kolej Yayasan Saad Business School
Kod Program: PKJM 004
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
5) Akademik New Zealand
Perakaunan/ Ekonomi / Kewangan / Sains Aktuari
Malaysia dan New Zealand
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 005
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
6) United Kingdom
Kejuruteraan
United Kingdom Malay College Kuala Kangsar /
Kolej Tunku Kurshiah
Kod Program: PKJM 006
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
7) Akademik United Kingdom
Sains & Teknologi
United Kingdom
Kolej Teknologi Timur /
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 007
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(8) Akademik United Kingdom
Ekonomi
United Kingdom
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 008
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(9) Akademik United Kingdom
Sains Sosial
United Kingdom
Kolej MARA Banting
Kod Program: PKJM 009
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(10) Akademik Amerika Syarikat
Kejuruteraan
Amerika Syarikat
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 010
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(11) Akademik Amerika Syarikat
Sains Komputer
(terhad kepada AI, Robotic, Big Data, IoT)
Amerika Syarikat
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 011
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(12) Akademik Amerika Syarikat
Ekonomi
Amerika Syarikat
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 012
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(13) Akademik Australia
Perakaunan / Ekonomi / Kewangan / Sains Aktuari
Australia
INTEC Education College
Kod Program: PKJM 013
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(14) Dalam Negara
Perubatan
Malaysia
Management and Science University (MSU)
Kod Program: PKJM 014
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam enam (6) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Biologi
f) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(15) Dalam Negara
Kejuruteraan Sains & Teknologi
Malaysia
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kod Program: PKJM 015
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(16) Dalam Negara
Kejuruteraan Sains & Teknologi
Malaysia
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Kod Program: PKJM 016
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(17) Dalam Negara
Kejuruteraan Sains & Teknologi
Malaysia Multimedia University (MMU)
Kod Program: PKJM 017
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(18) Dalam Negara
Kejuruteraan Sains & Teknologi Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Kod Program: PKJM 018
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(19) Dalam Negara
Kejuruteraan Sains & Teknologi
Malaysia
Swinburne University of Technology Sarawak Campus
Kod Program: PKJM 019
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(20) Dalam Negara
Kejuruteraan Sains & Teknologi
Malaysia
Heriot-Watt University Malaysia
Kod Program: PKJM 020
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(21) Dalam Negara
Sains Sosial
Malaysia
Curtin University, Malaysia
Kod Program: PKJM 021
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(22) Dalam Negara
Sains Sosial
Malaysia
The University of Nottingham Malaysia Campus
Kod Program: PKJM 022
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
(23) Dalam Negara
Sains Sosial
Malaysia
Taylor’s University
Kod Program: PKJM 023
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;
d) Dua (2) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan Penajaan Program Khas JPA MARA dibuka mulai 9 Mac – 18 Mac 2020, melalui pautan
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM

Permohonan juga turut dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama sepuluh hari (10) mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA di http://www.mara.gov.my.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Program SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Zon Tengah (Bangi) Zon Selatan 1 (Melaka) Zon Selatan 2 (Johor Bahru), Zon Utara 1 (Jitra), Zon Utara 2 (Pulau Pinang), Zon Timur 1 (Kuantan), Zon Timur 2 (Kota Bharu), Zon Sabah (Kota Kinabalu), Zon Sarawak 1 (Kuching) dan Zon Sarawak 2 (Miri).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *