SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa – SAPS Semakan Ibu Bapa untuk keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Check result exam secara online melalui SAPS NKRA KPM.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di sekolah rendah mahupun menengah, kini anda tidak perlu menunggu lagi keputusan bertulis daripada sekolah untuk sampai ke tangan anda. Dengan aplikasi percuma yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan yang dinamakan SAPS Ibu Bapa, anda boleh terus mengetahui keputusan peperiksaan anak anda dalam beberapa minit sahaja. Di bawah admin Biasiswa kongsikan caranya beserta gambar dan tutorial video melalui pautan yang disediakan.


1. Bukan laman enjin pencarian Google cari katakunci: saps ibu bapa atau katakunci lain berkaitan: saps nkra, saps semakan ibu bapa.

2. Di laman baru hasil pencarian, klik pada pautan pertama yang tertera untuk ke halaman semakan pepriksaan, pautan pantas terus ke sini: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Rujuk gambar di bawah ini untuk lebih jelas.

saps ibu bapa

3. Di halaman semakan Saps NKRA, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor surat beranak murid atau anak anda. Kemudian klik butang “Cari”.

saps semakan ibu bapa

4. Pilih secara berturutan bermula dengan Nama Negeri, Daerah dan terakhir Nama Sekolah anak anda.

saps snkra

5. Di halaman berikutnya, pilih tahun untuk melihat keputusan peperiksaan pada tahun pilihan. Untuk tahun terkini pilih 2018.


Di baris yang tertulis Keputusan Peperiksaan, pilih jenis peperiksaan atau ujian: ujian 1, ujian 2, peperiksaan pertengahan tahun, atau peperiksaan akhir tahun.

saps ibu bapa 2018

6. Di baris analisis markah, pilih papar markah peperiksaan untuk membuka tetingkap baru bagi paparan markah keputusan dan kedudukan dalam kelas.

saps ibu bapa 2018

7. Satu tab baru akan dibuka di browser anda seperti gambar di bawah.

saps ibu bapa

Demikian langkah-langkah semakan keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Aplikasi SAPS ini sememangya memudahkan ibu bapa memantau potensi pelajaran anak mereka dari masa ke semasa. Silakan simpan pautan ini untuk mencepatkan semakan anda pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *