Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) IPT

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) IPT – Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) untuk Pelajar IPT oleh Zakat Selangor kini dibuka.

APA ITU SPZAS?

SPZAS merupakan singkatan kepada Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor yang dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor. SPZAS merupakan satu inisiatif terbaru yang diusahakan oleh pihak Zakat Selangor yang bertujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan dan kos pengajian pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dalam negara Malaysia.

Keutamaan sumbangan di bawah bantuan SPZAS ini diberikan kepada pelajar yang datang daripada golongan berpendapatan pertengahan yang menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah yang menyeluruh dan lebih adil.

Sumbangan SPZAS tahun 2018 ini hanya diberikan secara one-off dan tidak diberi secara berterusan. Sumbangan ini tidak dibuka kepada pelajar luar negara memandangkan peruntukan Zakat Selangor yang terhad, maka keutamaan akan diberikan kepada pelajar Selangor yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam negara sahaja.


SYARAT PERMOHONAN SPZAS

Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan SPZAS oleh Zakat Selangor perlu memenuhi kriteria di bawah:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir dan menetap di Selangor ATAU bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
  • Permohonan hanya untuk semester kedua dan ke atas sahaja dalam pengajian (sepenuh masa atau separuh masa) peringkat sijil/pra universiti/asasi/matrik/pra diploma/diploma/diploma lanjutan/ijazah pertama/sijil profesional dan ijazah sarjana
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.

Permohonan bagi kategori berikut adalah TIDAK LAYAK memohon:

  1. Permohonan SPZAS IPT yang pernah diluluskan sebelum ini.
  2. Permohonan SPZAS IPT yang gagal sebelum ini kerana pendapatan tidak memenuhi syarat kelayakan.
  3. Permohonan SPZAS IPT yang gagal sebelum ini kerana mastautin luar negeri Selangor.


KADAR SUMBANGAN

  • RM700 bagi setiap peringkat pengajian yang dinyatakan seperti di atas.
  • Sumbangan adalah di bawah peruntukan asnaf Fisabilillah

CARA MEMOHON SPZAS

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi bantuan melalui pautan “Laman SPZAS” di bawah.
  2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 September 2018 (Sabtu) pukul 12.01 pagi.

HUBUNGI

Pemohon yang ingin mendapatkan sebarang maklumat dan membuat pertanyaan berkaitan bantuan ini boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343.

Laman SPZAS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *