Tiga pelajar dianugerahkan Biasiswa Astro 2018

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Malaysia hari ini menerima Anugerah Biasiswa Astro 2018 bagi meneruskan pengajian mereka di luar negara.

biasiswa astro 2018

Penerima anugerah tahun ini ialah Kenneth Raj Samuel, Jazli Long Nazri Long dan Lim Yi Yan.

Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Astro Kasih, Datuk David Yap, di sebuah majlis di ibu pejabat Astro All Asia Broadcast Centre di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.


Kenneth dan Jazli akan mengikuti kursus pra-siswazah kejuruteraan di Imperial College London manakala Yi Yan akan meneruskan pegajian pra-siswazah dalam bidang sains di London School of Economics and Political Science.

“Saya sangat gembira kerana dapat peluang keemasan ini. Saya ingin berkhidmat dengan Astro pada masa hadapan,” kata Kenneth.

Jazli turut berterima kasih kerana diberi peluang untuk meneruskan pelajarannya di United Kingdom.

Bagi Yi Yan, dia turut ingin membantu Astro untuk lebih sukses dengan menjadi seorang aktuari yang berjaya.

Anugerah Biasiswa Astro diwujudkan sejak 2005.


Tahun ini, Astro menerima 1,674 permohonan biasiswa yang kemudian disenarai pendek kepada 40 pelajar.

Mereka yang disenarai pendek perlu melalui satu siri ujian dan temubual sebelum panel juri, yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi Astro, memilih tiga pelajar terbaik.

Setakat ini, Astro telah melaburkan kira-kira RM28 juta bagi membantu 69 pelajar melanjutkan pengajian serta memulakan kerjaya mereka.

Sumber: Astro Awani

Silakan share kepada rakan-rakan anda dalam group whatsapp dan telegram. Hanya klik button share. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain. Follow dan like Facebook kami di https://facebook.com/biasiswa.info/ dan follow juga telegram kami untuk dapatkan kemaskini pantas biasiswa dan tajaan di https://telegram.me/biasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *