Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2018 – Sarjana & PhD

Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2018 – Sarjana & PhD | Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018 dibuka mulai 13 Disember 2017 sehingga 22 Februari 2018.

Biasiswa Komanwel di United Kingdom 2018 - Sarjana & PhD

Biasiswa ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel UK.


Bagi calon yang merupakan kakitangan Kerajaan, pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018.

KRITERIA

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Calon mestilah..

  • Seorang pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional yang kini berkhidmat secara sepenuh masa/tetap.
  • Telah disahkan menjadi sebahagian daripada skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan (22 Februari, 2018).
  • Tidak berumur lebih daripada 50 tahun untuk untuk peringkat PhD, dan berumur 45 tahun untuk peringkat Master (sehingga 1 Januari 2018).
  • Mencapai purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) minima 85% selama 3 tahun genap berturut-turut (2014, 2015, 2016)
  • Bebas tuduhan / hukuman kerana isu disiplin dan tidak pernah disabitkan / dituduh di mahkamah
  • Tidak tersenarai di senarai hitam JPA
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara untuk SATU tahun yang akan datang ATAU kursus lama untuk DUA tahun akan datang (berkuatkuasa dari 1 Disember 2017).
  • Kursus yang dijalankan adalah berkaitan dengan bidang yang pegawai itu bekerja
  • Tidak menerima apa-apa jenis penajaan (pinjaman atau biasiswa) lain
  • Mengikuti kursus pengajian di tahap pengajian yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik tertinggi sedia ada.


KAEDAH PERMOHONAN

Pegawai-pegawai yang berminat mestilah melakukan langkah yang berikut:

1) Isi borang permohonan secara dalam talian yang terdapat di portal JPA rasmi (klik di sini)

2) Isi borang permohonan secara dalam talian yang terdapat di laman web rasmi Biasiswa Komanwel UK melalui pautan berikut:

Calon PhD: http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/eas/applicants/phd-scholarships-low-middle-income-countries/

Calon Sarjana (Master): http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/eas/applicants/masters-scholarships/

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 22 Februari 2018.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan dalm urusan ini, sila hubungi:

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
No Tel: 03-88853546
Emel: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *