Biasiswa Kerajaan Hungary 2018

Biasiswa Kerajaan Hungary 2018 – Tawaran Pencalonan Anugerah Program Biasiswa Kerajaan Hungary sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Kerajaan Hungary hari ini juga.

Biasiswa Hungary

Berdasarkan persetujuan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Hungary pada 23 Februari 2018 di Kuala Lumpur, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Hungary telah bersetuju untuk menaja seramai 40 orang warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program biasiswa di bawah tajaan Stipendium Hungaricum Scholarship Programme bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD bagi kemasukan akademik 2018-2019 di Hungary.


BIDANG PENGAJIAN

Berikut disenaraikan kursus-kursus mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan di bawah biasiswa ini:

  1. Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree): Pertanian, Kejuruteraan Pengurusan Air Pertanian, Kajian Seni Bina dan Warisan Budaya, Sains Semulajadi dan Sains Alam Sekitar, Sains Kesihatan
  2. Pengajian Sarjana (Master): Pertanian, Kejuruteraan Pengurusan Air Pertanian, Kajian Seni Bina dan Warisan Budaya, Sains Semulajadi dan Sains Alam Sekitar, Sains Kesihatan
  3. Pengajian One-tier Sarjana (Full degree one-tier master): Sains Perubatan dan Kesihatan
  4. Pengajian kedoktoran (PhD): terbuka dalam mana-mana bidang yang di minati.

KRITERIA

Setiap pemohon yang ingin dicalonkan sebagai penerima biasiswa Kerajaan Hungary perlu memenuhi syarat-syarat mengikut kursus pengajian masing-masing yang dipohon, ketahui lebih lanjut mengenai biasiswa ini dan kaedah pendaftaran DI SINI


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah secara online dan kini dibuka sehingga 19 Mac 2018.
  2. Sila isi borang permohonan dengan mula mendaftar sebagai calon pemohon di https://apply.stipendiumhungaricum.hu/applicant/register

HUBUNGI

Sebarang Pertanyaan dari pihak anda boleh terus hubungi:

[email protected] / 0388705387
[email protected]/ 0388706387


Skype: stipendiumhungaricum
E-mail: [email protected]
Telefon: +36 (1) 236-5040

SUMBER

Kementerian Pendidikan Tinggi

Silakan share kepada rakan-rakan anda dalam group whatsapp dan telegram. Hanya klik button share. Sama-sama kita bantu membantu antara satu sama lain. Follow dan like Facebook kami di https://facebook.com/biasiswa.info/ dan follow juga telegram kami untuk dapatkan kemaskini pantas biasiswa dan tajaan di https://telegram.me/biasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *