Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 – Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah sesi tahun 2019. Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2019 kini dibuka.

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

Anugerah biasiswa BKNS dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar diperingkat Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM), diploma dan Matrikulasi . Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 akan dibuka mulai esok sehingga 25 April. Tawaran biasiswa hanya di Instiut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.

Pelajar berasal dari Sabah yang mendapat keputusan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan disarankan agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan biasiswa BKNS 2019.


BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

1. Aktuari Sains 7. Pertanian
2. Juru Ukur 8. Sains Tulen
3. Kejuruteraan 9. Seni Bina (Architecture)
4. Kesihatan dan Perusahaan Ternak 10. Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Hartanah 11. Ukur Bahan
6. Perakaunan

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

Aktuari Sains Perakaunan
Akuakultur Pergigian
Ekonomi Perhutanan
Farmasi Perikanan
Kejuruteraan Pertanian
Kesihatan dan Perusahaan Ternak Perubatan
Keusahawanan Perubatan Veterinar
Komunikasi Psikologi
Juru Ukur Sains Alam Sekitar
Muzik Sains Biologi Marin
Pelancongan dan Hospitaliti Sains Bioteknologi
Pendidikan Sains dan Teknologi Makanan
Pengajian Islam Sains Komputer
Pengangkutan dan Logistik Seni Bina (Architecture)
Pengurusan Ladang Teknologi Maklumat
Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
Pentadbiran Perniagaan Undang-Undang

KELAYAKAN

Kelayakan pemohon bagi SPM ialah 7A Keatas dan STPM pula Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.3 yang diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan. Manakala kelayakaan keputusan di peringkat Matrikulasi dan diploma pula adalah CGPA 3.5 keatas dan bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.8 di peringkat peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.

Tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A+ dalam SPM dan CGPA 4.0 dalam STPM diberi keutamaan untuk mendapatkan biasiawa BKNS.


1. Had Umur

  • Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  • Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

2. Kelayakan Akademik

  • Kursus Diploma
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
  • Kursus Sarjana Muda
    • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya Jayyid.
    • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
    • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
    • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
    • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
    • Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah melalui ‘online’ dengan melayari pautan khas di bawah mulai 26 Mac 2019. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.
  2. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
  3. Keputusan permohonan disemak secara atas talian ‘online’.
  4. Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah 25 April 2019. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

PAUTAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *